Monday, February 21, 2022

MUSLIM INDIA MENJADI SASARAN KEBENCIAN KERANA KEPENTINGAN POLITIK BJP

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

1. India mempunyai lebih kurang 10% rakyatnya beragama Islam. Mereka sebelum ini bebas mengamalkan cara hidup dan ibadah Islam. India juga pernah diterajui oleh pemerintah Islam semasa Kesultanan Delhi pada 1206 sehingga 1526 Masehi.  

2. Sejak parti berasaskan agama Hindu, Barathiya Jannata Party (BJP) memerintah negara tersebut pada 2014, minoriti Muslim dan Kristian menjadi sasaran kebencian puak ekstremis Hindu. Kes jenayah penindasan termasuk pembunuhan berkaitan isu agama telah meningkat.

3. India pernah mengalami perang saudara antara agama Hindu dan Islam pada 1992 di negeri Ayodhya, akibat tindakan ekstremis Hindu termasuk ahli BJP memusnahkan Masjid Babri yang didakwa dibina atas tapak tempat kelahiran Dewa Hindu. Masjid tua tersebut akhirnya diruntuhkan dengan ganas dan tidak berperi kemanusiaan, mengorbankan ramai penduduk Muslim yang cuba mempertahankannya. 

4. Langkah terbaharu kerajaan India melarang pelajar wanita berhijab masuk ke sekolah kerajaan  dikecam hebat oleh dunia. Namun Perdana Menteri Narendra Modi, mengambil sikap mendiamkan diri. Dalam masa yang sama, beberapa kes keganasan terhadap wanita Musli berhijab berlaku di India. 

5. Tindakan Modi berdiam diri ada kaitan dengan kebimbangannya untuk mendapatkan undi penyokong BJP dan rakyat India beragama Hindu menjelang pilihanraya akan datang. 

Modi lupa bahawa tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri untuk negara India, adalah untuk melindungi rakyatnya, walaupun berbeza agama dan budaya. Semoga Allah melindungi saudara Muslim di India daripada pembersihan etnik yang dilakukan oleh puak ektremis Hindu.   

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...