Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.
Tidak ramai yang mahu mengakui kebejatan ekonomi semakin terkesan di Malaysia. Secara luhurnya, ramai lebih berminat membincangkan soal-soal politik yang semacam tiada kesudahannya.
Hakikat yang perlu kita akui ialah keadaan bukan semakin baik. Bermula dengan sektor perkilangan yang mula membuang pekerja, ia melarat ke sektor perbankan yang pasti akan memberi VSS (skim persaraan sukarela) kepada pekerja bagi mengurangkan kos operasi. Keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila nasib pekerja yang mengalami pemberhentian kerja kerana kilang tempat mereka mencari nafkah (yang terpaksa ditutup) tidak dibela oleh mana-mana pihak.
Bagaimana pula dengan siswazah yang baru keluar universiti yang semakin sukar untuk mendapat pekerjaan. Kalau dapat kerja pun sekadar cukup sara diri tetapi terpaksa menanggung hutang PTPN.
Kegawatan ekonomi 1997/98 telah menyaksikan kenaikan mendadak kes-kes kebankrapan dan penutupan syarikat yang bukan sedikit jumlahnya. Malah, sehingga kini, sesetengahnya masih belum pulih dan ditambah lagi dengan kegawatan ekonomi yang baru.
Dalam persidangan sehari “Global Financial Crisis –Mapping the Blueprint for Survival” yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur pada 4 Februari lalu, beberapa fakta berikut harus difikirkan:
1. Krisis kali ini lebih buruk dan luas daripada krisis kewangan serantau yang melanda Asia Timur dan Asia Tenggara pada tahun 1997/98;
2. Krisis kali ini berpunca dan bermula di Amerika Syarikat akibat krisis subprima dan merebak dengan pantas ke seluruh dunia, khasnya ke negara-negara maju;
3. Disebabkan Amerika adalah ekonomi terbesar di dunia, kemelesetan ekonominya menjejas ekonomi dunia keseluruhannya;
4. Malaysia bergantung terus kepada Amerika sebagai salah satu destinasi utama eksport dan sumber penting pelaburan asing;
5. Krisis subprima yang menyebabkan banyak institusi kewangan dan peminjam, khasnya pemilik rumah, muflis menjejas kuasa membeli Amerika;
6. Apabila pengguna Amerika dan negara-negara maju yang lain mengurangkan import, eksport kita akan berkurangan;
7. Kilang-kilang yang mengeluarkan barangan untuk pasaran Amerika dan dunia terpaksa mengurangkan pengeluaran atau ditutup terus;
8. Ada anggaran mengatakan seramai 400,000 pekerja sama ada sudah hilang pekerjaan atau tidak lagi mempunyai pekerjaan sepenuh masa atau tetap dan 200,000 lagi dalam ancaman;
9. Pekerja yang hilang pekerjaan atau tidak lagi mendapat gajian penuh akan mencetuskan reaksi berangkai (chain reaction) – tiada pekerjaan tiada pendapatan, tiada pendapatan tiada perbelanjaan, tiada perbelanjaan tiada pengeluaran dan tiada pengeluaran kilang terpaksa ditutup menyebabkan lebih ramai lagi pekerja yang akan menganggur;
10. Anggaran pengangguran yang sangat membimbangkan ini wajib diberi perhatian kerana ia mungkin tepat. Ini kerana bukan semua pekerja berdaftar, bergaji tetap atau mempunyai majikan. Ramai yang bekerja sendiri.
Tidakkah ini semua menjurus kepada 'indicator' yang Malaysia akan semakin dihimpit keadaan tak menentu?
Niat nak tukar kereta pun terpaksa kupendam, kerana bimbang perkara yang mendatang.
Blog ini adalah pandangan peribadi saya, dan jika pendapat kita berbeza, tidak sepatutnya menyebabkan kita bermusuh. Kita boleh berkongsi cerita dan pandangan, asalkan menjaga adab sopan berbicara. Terima kasih kerana singgah di sini. Saya amat menghargai kunjungan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...
-
Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Hari ini, Rabu 23 Mac 2011, keputusa...
-
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Kisah pembunuhan seorang pensy...
-
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sudah lama saya tidak menghadiri ...
Salam Cikgu..
ReplyDeleteArtikel yang bagus, ada fakta yang kita tak tahu. Maklumlah semuanya berkenaan politik. Sesekali ekonomi apa salahnyakan.
Ibnurashidi,
ReplyDeleteSaya selesa membincangkan ekonomi, sebab politik bukan bidang saya, sekadar menjadi pemerhati pun, dah faham sepak terajang dalam politik.
Ramai rakan saya, bukan sahaja kalangan pro pembangkang, malah ada juga pro pemerintah. Kepelbagaian pendapat memberi ruang ke arah pertelagahan yang tak sudah.
Saya malas nak posting berkaitan tajuk politik pada masa depan, sebab bukan bidang saya.
Bagaimana di Rafah? Sempadan dah dibuka?
p/s: Simpati mendapat khabar dari Gaza. Hosni Mubarak ni,.. hati kering betul!
Terima kasih...
ReplyDeleteYa sangat kering hatinya..tak basah dengan nur Islam.
Dengar khabarnya, belum dapat dibuka. Laluan terowong sahaja yang digunakan..memang kejam sungguh puak2 ni!