Friday, June 29, 2012

Skuad Jerman Meratapi Kekalahan Di tangan Azzuri

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

EURO 2012 semakin ke penghujung. Menariknya, tentulah apabila memperkatakan pasukan yang hebat bertemu sesama sendiri di peringkat separuh akhir.
Portugal yang diketuai pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya kecundang dalam penentuan penalti di tangan juara bertahan, Sepanyol.
Itali pula menghancurkan harapan Jerman untuk melangkah ke peringkat akhir apabila skuad Azzuri mengalahkan mereka 2-1. Tentunya juga Balloteli penyerang kontroversinya sudah berkira-kira untuk menyarung kasut emas selaku penjaring terbanyak EURO edisi 2012.
Pengurus Jerman, Joachim Loew selepas tamat perlawanan sengit itu dilaporkan berkata para pemainnya akan belajar daripada kekalahan di tangan Itali.
 Barisan pemain muda skuadnya menajadi pasukan pilihan untuk menjulang Piala Eropah tetapi ia tidak berlaku.
"Kekecewaan itu sangat hebat. Pemain saya menangis di bilik persalinan. Tiada apa yang diucapkan oleh mereka," katanya.
"Skuad ini dibina dengan cukup baik. Kami menang 15 perlawanan kompetitif tetapi hari ini, kami kalah kepada pasukan Itali yang lebih baik dengan barisan penyerangnya yang lebih menyengat."
bekas pengurus Jerman pula berpendapat sebaliknya.
"Masa depan masih ada dengan skuad ini, tetapi anda boleh saksikan mereka akhirnya sampai ke tahap anti-klimaks. Saya harus akui Itali bermain dengan cukup baik dan berhak untuk menang."
Kapten pasukan Jerman, Philipp Lahm pula berkata, kekalahan itu amat perit untuk ditelan.
"Ia sangat, dan terlalu pahit untuk dikenang. Kami membuat kesilapan membenarkan mereka mendapat dua gol awal. Kami berusaha keras sejak awal tapi mempersiakan peluang yang ada."
"Setiap kekalahan memang memeritkan, terutama jika langkah sudah sejauh ini. Tapi kami akan bangkit semula." Katanya.
Kekalahan ini sebenarnya bermakna Jerman gagal dalam beberapa peringkat separuh akhir kejohanan berprestij; Pertama, mereka kalah kepada Sepanyol dalam separuh akhir Piala Dunia 2010 di Afrika. Mereka juga kalah kepada Itali pada Piala Dunia 2006, juga di separuh akhir. Lebih malang lagi, mereka juga gagal merangkul Piala Eropah edisi 2008, di tangan Sepanyol.

Sumber: BBC 

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...