Tuesday, February 18, 2014

Derita Duda Lumpuh (UPDATE)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.



Benarlah kata orang, hidup umpama roda. Kekadang di atas, ada kalanya di bawah. Saya coretkan kisah sedih En. Rosli, bapa pelajar saya yang lumpuh separuh badan. Hidupnya bertambah sengsara apabila isterinya meninggal dunia akibat barah 2 tahun lalu.

Kehidupannya di Kampung Desa PEMARAK Kayan amat sederhana. Mujurlah rumah yang didiaminya sekarang hasil sumbangan FELCRA Berhad. Jauh lebih baik daripada rumah lamanya yang sangat uzur. Dengan elaun FELCRA sebanyak RM200 sebulan, dia boleh menyara hidup bersama tiga orang anaknya. Seorang anak perempuannya tinggal bersama nenek di kampung berdekatan, manakala anak lelakinya Rafizi, 13 tahun, menjaga ayah dan adiknya yang berusia hampir tiga tahun.

En. Rosli semasa sihatnya melakukan kerja seperti pemandu lori dan menggali liang. Sejak diserang angin ahmar hujung tahun 2013, segala-galanya menjadi amat terhad untuknya.
“Saya duduk di rumah sahajalah, cikgu. Kadang-kadang kalau rimas, Rafizi akan tolak saya dengan kerusi roda di halaman rumah,” katanya semasa saya mengunjunginya.
 
En. Rosli menerima sumbangan keperluan dapur


Dapur dan ruang tamu berkongsi ruang di rumah kecil ini

Syukurlah ada rakan- rakan guru telah memberikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan. Malahan, seorang sahabat kelab rekreasi basikal saya, En. Shaharudin Abdul Malek turut ikut serta menyampaikan sumbangan berupa wang dan keperluan dapur untuk kegunaan beliau.
“Siapa masak?,” saya bertanya tentang makanannya.
“Selalu beli sahajalah, cikgu. Tak boleh masak sendiri. Tapi dah ada (sumbangan) ni, boleh minta jiran sebelah masakkan.” Katanya dengan nada sayu.
Dia masih berharap untuk pulih seperti sedia kala. 
Moga-moga Allah berikan kekuatan untuknya. 
En. Rosli telah kembali ke rahmatullah setelah hampir dua bulan saya melawatnya. Alfatihah untuk arwah.
 

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...