Thursday, April 26, 2018

MISTERI HARGA MINYAK DI NEGARAKU

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pelik kan? Sudah beberapa minggu apabila harga minyak ditentukan mengikut tempoh mingguan, harganya turun naik, sama ada 2 sen, 4 sen dan seumpamanya. 

Namun begitu, harga minyak sepanjang 4 minggu sejak 4 April lalu 'dikunci' pada harga 2.20 sen/1 liter bagi RON95. Begitu juga dengan RON97 dan diesel yang kekal dengan harga yang sama.

Keadaan ini sangat misteri. Mengapa harga tersebut boleh dikunci pada waktu waktu begini?
Ada yang kata ia berpunca daripada pembubaran parlimen, menyebabkan kerajaan sedaya upaya mengekalkan harga tersebut, dan akan menaikkannya selepas mendapat mandat baharu pada PRU14. Jika harganya naik dalam tempoh kempen, pasti ada kesan terhadap sokongan rakyat, dan akhirnya menjejaskan jumlah undi.

Ada sahabat bergurau memberitahu saya, sekarang tiada menteri kabinet menjaga naik turun harga minyak, Itu sebabnya harga minyak stabil. 

Tapi, mungkinkah realitinya harga minyak sudah stabil.
(harap-harapnya tiada kenaikan melambung harga minyak selepas PRU14) 


3 comments:

  1. Sebab itu, kita kena bijak memilih pihak parti mana yang pandai mengawal ekonomi yang tak menentu sekarang ni. Kalau boleh, pilih pihak parti yang pernah berjuang agama Islam. (Macam takde kaitan je) *taktahu nak komen apa lagi. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabila hanya boleh jadi pengundi semasa PRU15, mungkin 2023 nanti :-)

      Delete
    2. In sha allah, kalau umur panjang. 😆

      Delete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...