Saya bersekolah rendah di SK Teluk Muroh, bermula dari darjah 1 pada 1978 hingga ke darjah 6 pada 1983. Sekolah ini terletak di jalan ke pangkalan TLDM Lumut. Semasa belajar di sana, bangunan apartmen pangkalan Lumut sedang rancak disiapkan.
Pagi pagi mak akan siapkan bekal, biasanya roti disapu kaya. Belanja harian ayah berikan 20 sen pada waktu itu, sudah mencukupi untuk beli makanan di kantin.
Awal pagi saya dan yong bangun untuk ke sekolah. Kami naik bas Sitiawan Transport dari kampung Dato Seri Kamaruddin (KDSK), kira kira 12 km jaraknya dengan sekolah. Jadual bas setiap 6 pagi, dan kami akan sampai kira kira 6.30 pagi. Kebanyakan murid dari kampung kami sama seperti kami, anak- anak penduduk asal kampung Batu Gajah, Lumut. Kampung tersebut diambil oleh pihak kerajaan untuk dijadikan pangkalan tenteta laut menggantikan pangkalan Woodlands di Singapura.
Penduduk yang terlibat ditempatkan semula di KDSK. Beruntunglah kami sebab rumah ala ala FELDA dua bilik tersebut lengkap dengan bekalan air dan elektrik.
SK Teluk Muroh yang asal hanyalah bangunan kayu menempatkan bilik guru dan pejabat, kelas darjah 1,2, 5 dan 6. Manakala darjah 3 dan 4 berada di bangunan berasingan yang jaraknya 100 meter daripada bangunan induk.

Tandas murid berdinding zink terletak di tengah tengah laluan dua bangunan berkenaan. Ada pokok tembusu yang besar berdekatan tandas tempat kami bermain-main pada waktu rehat.
Hari ini, SK Teluk Muroh ditukar namanya kepada SK Dato' Ishak, manakala KDSK sudah menjadi sebahagian daripada kawasan membangun yang semakin tinggi nilai hartanahnya di daerah Manjung.
Hari ini, SK Teluk Muroh ditukar namanya kepada SK Dato' Ishak, manakala KDSK sudah menjadi sebahagian daripada kawasan membangun yang semakin tinggi nilai hartanahnya di daerah Manjung.
No comments:
Post a Comment
Jejak yang ditinggalkan