Thursday, September 17, 2009

Berbini Dua?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Semalam, saya ke rumah Yong untuk satu urusan. Itulah satu-satunya kakak kandung yang ada, dan pengganti arwah mak dan ayah. Menjelang raya, rendang tok Yong memang menjadi pesanan wajib. Saya jarang lepaskan peluang minta Yong sediakan juadah ini, biarpun hanya menikmatinya sedikit. Sebab air tangan Yong dapat melepaskan rindu pada masakan arwah mak.
"Kamu nak dengo satu ceghite?" tanya Yong ketika saya ke rumahnya petang semalam.
"Ceghite apa?"
"Hari tu, kamu ada sembang dengan Fairuz, kan? Semasa dia tunggu bas di kedai P** C**."
Saya mengiyakan," Ha'ah, pehtu napenyer?"
P** C** kata pada dia, kamu berbini dua!" kata Yong menyebabkan saya dan dia sama-sama ketawa.
Nak pecah perut mengenangkan cerita itu. Entah dari mana orang tua itu dapat berita saya beristeri dua, tak tahulah pulak. Kisah saya ber'bini dua' itu sampai ke telinga Yong, mujur dia cepat-cepat nafikan.
Tapi saya tak ambil hati, biarpun berita itu jauh menyimpang daripada hakikat sebenar. Saya maafkan orang tua itu. Saya kenal dengannya dan taiada masalah selama berurusan dengannya selama ini. 
Saya yakin dia pun hanya mendapat cerita 'pelik' ini daripada mulut orang lain. Inilah bahana akibat cerita sejengkal jadi sedepa, cerita sedepa jadi sebatu.
Tak mampu nak berlaku adil, cukuplah seorang. Lagipun suri yang ada sekarang, adalah yang terbaik untuk saya. 
Selamat menyambut lebaran 1 Syawal. Maaf zahir dan batin kepada semua, khususnya rakan blogger yang rajin berkunjung dan singgah menapak di sini. 

5 comments:

  1. Salam sdr. Barahim.

    Lebih tidak payah cari batu untuk dijadikan beban.

    Selamat menyambut Hari Raya Aidif Fitri dari Pak Din sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. jauh betul menyimpang tu. masa tu orng rumah ada sama ke? mahu merah telinga dia hehehe.

    bhy tu boleh nimbul salah sangka.

    ReplyDelete
  3. Kalau boleh macam cerita Madu Tiga tu ok juga, he he

    Salam Aidilfitri. Maaf zahir Batin.
    Kalau boleh

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya.... jom makan tart nanas...

    kalau berbini 2... jenuh le nak balik kampung beraya.... hehehe

    ReplyDelete
  5. Mungkin sayer ni masih terlalu muda untuk komen isu ni... hhuhuhu.... no comment, yang satu pun tak tau biler lagi, hehehe, Anyway cikgu, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...