Thursday, September 10, 2009

Bodoh Sangatkah Orang Indonesia?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Saya tidak percaya apabila dalam sebulan ini, media Indonesia yang terkenal dengan 'kebebasan bersuara' selepas era Soeharto, telah bertindak memainkan isu yang merenggangkan hubungan dua negara. Indonesia, sebuah negara pulau yang bermajoriti Muslim, yang selalu dirujuk bersama kita sebagai 'serumpun',  telah  menghiris hati dan perasaan rakyat negara ini melalui beberapa tindakan bodoh segelintir rakyatnya. 
Rupa-rupanya segelintir rakyat negara yang baru ditimpa musibah gempa bumi di Jawa Tengah ini, tidak bijak menilai. Laporan medianya yang bertuhankan kebebasan bersuara, tanpa sebarang sekatan oleh pemerintah telah diterima bulat-bulat oleh warganya, yang mungkin sudah mendendami negara ini sejak era Soekarno lagi.
Biarpun hanya segelintir yang mengadakan provokasi mencetuskan kekacauan di kota raya Jakarta, tindakan mereka menimbulkan tanda tanya, terutama di pihak kita. Apatah lagi pihak berkuasa di sana tiada inisiatif meredakan isu 'Tarian Pendet' (yang entah siapa nak mengaku sebagai milik Malaysia) dan beberapa isu lain yang dijadikan pemangkin gerakan "Anti-Malaysia". 
Sejarah membuktikan semasa penubuhan Malaysia pada 1963, Presiden Indonesia ketika itu, Soekarno telah melancarkan gerakan konfrontasi terhadap negara ini yang diistilahkan sebagai "Ganyang Malaysia". Tindakan ini adalah lanjutan daripada rasa tidak puas hati pemimpin negara itu yang membantah penubuhan Malaysia.
Secara zahirnya, tindakan membakar bendera Jalur Gemilang dan cubaan mengusir warga kita dari Indonesia, dilihat sebagai satu tindakan bodoh dan berpandangan sempit. Bagaimanapun, ia sedikit sebanyak membimbangkan para penuntut kita dan rakyat Malaysia yang bekerja di mana-mana wilayah Pancasila itu. Keadaan ini berterusan sehingga ada segelintir rakyat negara itu 'berkampung' di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta sebagai tanda protes. Tidak cukup dengan itu, mereka menyediakan buluh runcing dan mengawal Jalan Diponegoro yang terletak berhampiran kedutaan negara kita, semata-mata untuk "Mengusir Orang Malaysia". 
Tindakan bodoh dan dangkal ini sepatutnya dihidu lebih awal oleh pihak berkuasa Indonesia. Tidak perlu kita mengajar mereka untuk bertindak, tetapi jika di Malaysia, rakyat kita yang mengadakan protes di kedutaan negara lain akan dikenakan tindakan tegas. Paling tidak pun, mereka akan dipantau oleh Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan jika tidak bernasib baik, dapatlah semburan air kuning dan gas pemedih mata sebagai bekalan.
Saya tidak fikir semua rakyat Indonesia sebodoh itu untuk mempercayai dakwaan media massanya yang tidak profesional. Bagaimanapun perkara ini harus diselesaikan secepat mungkin.  Terdapat ramai rakyat Indonesia yang mencari rezeki di bumi bertuah Malaysia, dan perkara itu harus diingat berulang kali oleh 'orang-orang bodoh' di seberang Selat Melaka.

4 comments:

  1. hai cikgu, salam ramadhan

    saya rasa emosional jer tu, ikutkan hati or nak cari isu murahan... fikir ler banyak2 skit sebelum nak marah.. buang masa jer , kan

    ReplyDelete
  2. bodoh, mungkin tidak. emosional, ya. banyak lg perkara lain yang mereka boleh beri perhatian untuk perbaiki diri, keluarga, dan negara mereka, tapi mereka lebih rela sibuk dgn isu sebegitu. mereka menudingkan satu jari ke arah kita, tp mereka lupa sembilan lg jari menuding ke arah negara mereka, menunjukkan kelemahan mereka. ops, saya pun tiba2 jadi emosi. hehe. moga semuanya dpt ditangani sebelum melarat..

    ReplyDelete
  3. kesian orang2 kita di indon.mereka di nasihatkan untuk tidak pergi ketempat perhimpunan

    ReplyDelete
  4. mereka ni sudah terlalu kurang ajar dengan negara kiter, cuber search perkataan 'malingsia', macam2 tohmahan dilemparkan terhadap negara kiter

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...