Monday, March 1, 2010

Orang Semakin Berani Berzina Secara Terbuka?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sedih sungguh saya dengan apa yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak yang seusia dengan si bongsu saya, sehingga tidak sedar air mata bergenang membaca kisahnya diperlakukan dengan kejam oleh seorang lelaki.

Setelah beberapa hari, kita semakin jelas dengan apa yang berlaku. Rupanya, lelaki pembunuh itu adalah teman lelaki, dan bukan muhrim ibunya yang masih lagi isteri kepada seorang banduan di penjara.

Apa yang lebih membingungkan, masyarakat sekitar ditipu hidup-hidup dengan lakonan kedua-duanya termasuk ayah wanita berkenaan. Apa yang pasti, masyarakat kita berdepan dengan golongan yang berani berzina secara terang-terangan, tanpa rasa bersalah pada agama dan undang-undang.

Penduduk marah, dakwa ditipu (UTUSANONLINE)

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

HULU SELANGOR 28 Feb. – Beberapa hari selepas insiden yang meragut nyawa Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, penduduk di Taman Batu 30 di sini melahirkan rasa marah dan kecewa kerana ditipu oleh ibu dan teman lelaki kanak-kanak malang tersebut.

Rata-rata penduduk yang tinggal di kawasan perumahan itu mendakwa, mereka selama ini ditipu pasangan tersebut yang mengatakan kononnya mereka suami-isteri.

Namun, insiden yang menimpa Allahyarham Syafiah Humairah pada Khamis lalu akhirnya membongkar rahsia pasangan itu apabila mereka sebenarnya masih belum mempunyai ikatan.

Berikutan rasa marah terhadap pasangan tersebut, beberapa individu bertindak menconteng dinding hadapan rumah suspek menggunakan cat hitam dengan perkataan ‘pembunuh’.

Menurut penduduk, dalam ‘sandiwara’ itu, teman lelaki wanita tersebut yang merupakan pemandu teksi tidak berasa segan untuk memperkenalkan anak lelaki berusia setahun enam bulan sebagai anak mereka.

Ahli jawatankuasa surau taman itu, Khalid Abdul Hamid, 43, berkata, sejak mengenali pasangan tersebut awal tahun lalu, penduduk pernah bertanya kepada bapa suspek mengenai status hubungan mereka.

“Ketika ditanya, bapa suspek yang tinggal sekali di rumah itu berkata, dia mengaku telah menikahkan mereka.

“Selepas itu, kami cuba meminta bukti hubungan mereka, namun keluarga terbabit tidak memberi kerjasama dan hanya cuba meyakinkan penduduk melalui percakapan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Allahyarham Syafiah Humairah mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali pada Khamis lalu.

Kanak-kanak malang terbabit sebelum itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu oleh suspek yang mendakwa mangsa terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Namun, pihak hospital yang curiga dengan tingkah laku lelaki itu menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk memaklumkan mengenai kemungkinan kematian kanak-kanak itu akibat didera.

Berikutan itu, suspek yang berusia 28 tahun kemudian ditahan bagi membantu siasatan.

Khalid menambah, berikutan tiada gangguan daripada penduduk, pasangan tersebut tinggal seperti suami isteri meskipun pada hari-hari tertentu.

Seorang lagi penduduk, Muhd. Halilur Rahman, 32, memberitahu, sebagai penduduk, mereka berasa terkilan dengan penipuan itu dan berasa bersalah terhadap insiden yang menimpa mangsa.

“Akibat mempercayai penipuan itu, nyawa seorang kanak-kanak telah melayang dan tragedi itu tidak akan kami lupakan.

“Kami juga meminta maaf kepada orang ramai dan keluarga mangsa kerana tidak membantu Syafiah Humairah ketika dia dipukul oleh konon bapanya di tepi padang pada hari kejadian,” ujarnya.

Jiran suspek, Rafani Osman, 56, pula memberitahu, dia tinggal berjiran dengan keluarga terbabit yang berpindah dari Melaka kira-kira 15 tahun lalu namun tidak pernah melihat Syafiah Humairah menangis.

“Saya hanya melihat ibu mangsa sahaja yang selalu memandu teksi Mat (suspek) meronda di kawasan taman bersama anak mereka berusia setahun enam bulan.

“Walaupun tidak rapat dengan keluarga mereka tetapi saya dan semua orang tahu Mat adalah seorang yang bermasalah,” ujarnya yang tinggal selang empat buah rumah dengan keluarga suspek.

Tambahnya, penduduk taman itu bagaimanapun ternyata terkejut apabila mengetahui kanak-kanak malang itu mati selepas didera suspek dan pasangan terbabit juga tidak pernah bernikah sebelum ini.


6 comments:

  1. tak leh dengar cite pasal syafiah humairah ni..geram betul. !!! mak dan teman lelaki dia tu sama jer...bukan manusia tapi binatang..elok jer direjam sampai mati..ada ke masih ada suami dah berani bersekedudukan serumah tanpa rasa segan dan malu sampai melahirkan anak luar nikah pula tu...jelas sangat manusia zaman ini dah tak beragama..dah tak kenal mana halal dan haram..

    ReplyDelete
  2. tulah, tak beragama. teruk !

    takpa, carma does exist. allah akan balas apa yg setimpal

    ReplyDelete
  3. Kesian budak tu..mama die pun ...tak tau nak cakap ape...saya geram tengok mama dia menangis dekat tv cikgu...apasal dia menangis..before this taknak fikir consequences perbuatan dia tu..

    ReplyDelete
  4. sgt kasihan. minta jauh dari org di sekeliling kita :)

    ReplyDelete
  5. salam,
    yg mungkar makin jadi kebiasaan.

    manusia tidak lagi takutkan undang2 dan Tuhan,
    akan digunakan apa saja peluang dan kesempatan,
    dosa, mungkar bukan lagi perhitungan.

    ReplyDelete
  6. Oh masyarakatku...mungkinkah saya pun ada jiran yg mcm tu???huhu

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...