Ternakan Ketam Nipah
Ketam nipah yang juga dikenali ketam batu oleh penduduk tempatan dari spesies Scylla serrata di mana ditemui habitat asal di muara, kuala sungai dan pesisiran pantai.
Ketam ini mempunyai potensi dalam bidang industri perikanan terutamanya dari kegiatan separa kultur. Berat purata ketam yang telah matang antara 250 gm hingga 400 gm dengan lebar karapasnya antara 10 – 15 cm. ketam ini dapat membesar sehingga karapasnya mencapai 20cm iaitu dengan berat badan melebihi 1kg. ketam betina yang telah matang mempunyai ovari yang menjadi makanan mewah.
Kajian membuktikan bahawa ketam yang dipelihara di dalam kolam boleh membesar boleh mencapai saiz pasaran (10 cm -15 cm lebar karapas) dalam masa 7 – 8 bulan, manakala lebih kurang 2 juta telur dihasilkan oleh seekor ketam betina yang matang dan selalunya betelur lebih daripada sekali setiap musim.
Manakala dari segi permakanan untuk ternakan ketam, penggunaan ikan baja antara yang paling sesuai untuk memenuhi diet permakanan ketam di mana sebanyak 5% – 6% daripada berat badannya diberikan setiap hari. Ini menunjukkan peternakan ketam mempunyai potensi untuk dimajukan oleh peternak yang terlibat di dalam aktiviti peternakan air payau.
Sumber: Jabatan Perikanan, Malaysia
jom kita ternak ketam nipah...lepas ni boleh kita jadi usahawan
ReplyDeleteAda sejenis ketam. Tak tahu species apa. Selalu dijual di tepi jalan,. Kaum india atau cina yg jual. Isteri saya kata tak halal. Dua alam .... ye ke tidak??
ReplyDeleteBang Aji,..jom..
ReplyDeleteRMN,
Ketam nipah ni memang hidup di paya bakau. Saya semak di web dan blog seperti bekas mufti Perlis, Dr Asri tidak anggap ketam nipah haram.. Wallahuaklam..
yang diharamkan adalah ketam batu
ReplyDelete(menurut sumber jakim)
la ni orang kompius mana satu ketam batu ///mana satuketam nipah...sebab tempat kawan dia ketam nipah tu ketam batu...
ReplyDeletela ni orang kompius mana satu ketam batu ///mana satuketam nipah...sebab tempat kawan dia ketam nipah tu ketam batu...
ReplyDeletefatwa ini menunjukkan ketam nipah halal dimakan http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/menternak-binatang-dualam ...cuma sekarang anda perlu kenal mana satu ketam nipah ...mana satu ketam batu....
ReplyDeleteThank You and I have a swell provide: What Is In House Renovation Loan exterior makeover
ReplyDelete