Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Heboh satu Malaysia apabila kisah seorang bekas pelajar tajaan Petronas dikhabarkan berkahwin sesama jantina di Dublin. Saya terkenang 'perjuangan Ambiga dan sekutunya dalam Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan tidak lama dahulu. Kebebasan berkahwin sesama sejenis,kebebasan mengamalkan hubungan diluar tabie seperti inilah yang cuba diperjuangkan oleh mereka.
Bekas pelajar tajaan Petronas, Ariff Alfian Rosli dilaporkan hilang pada awalnya tidak lama selepas melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Ireland. Ahli keluarganya lebih lapan kali berulang alik pergi mencari Alif Alfian namun gagal. Dia langsung tidak berhubung dengan keluarganya.
Hari ini punca segala kehilangan pelajar pintar ini terdedah apabila dikhabarkan beliau sudah berkahwin dengan seorang lelaki di Dublin.
Bayangkan bagaimana perasaan ibu bapa pelajar ini yang terlalu risau akan kehilangan anak selama 8 tahun tetapi digemparkan dengan berita yang menghayat hati ini.
Satu kenyataan dan gambar yang di’hantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin.
Berkahwin bukan masalah, tetapi Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland. Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin sebelum ini telah di’khabarkan hilang oleh ahli keluarga.
Ingatlah kisah kaum Nabi Lut yang diceritakjan dalam Al-Quram. Paling tidak pun, ingatlah jasa ibu bapa yang membesarkan kamu, wahai Ariff. Moga kamu sempat bertaubat sebelum menutup mata. Jangan jadikan nafsu sebagai panduan hidup.
No comments:
Post a Comment
Jejak yang ditinggalkan