Monday, May 28, 2012

LGBT: Isu Sosial Yang Perlu Ditangani Secara Tegas

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengaitkan pergerakan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) Malaysia sebagai ‘pergerakan terhormat’. “Penyakit ini sedang mula merebak secara terhormat..hasil daripada maklumat kita..termasuk orang yang terlibat..termasuk orang yang mencanangkan..termasuk orang yang memperjuangkan itu adalah orang-orang yang ada nama dan orang-orang yang terhormat,” katanya ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk Seks Songsang: Perspektif Syari’ah pada Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Antarabangsa, Kuala Lumpur, 22 April.
Walau bagaimanapun Nasharuddin tidak menyatakan sumber maklumatnya dan tidak mendedahkan identiti individu-individu yanga diklasifikasikan sebagai terhormat itu dalam aktivitinya menaungi pergerakan seks songsang tersebut.
Nasharuddin yang juga Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari turut membacakan fatwa Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT itu.
Dalam fatwa ulama tersohor yang menjadi rujukan majoriti umat Islam mutakhir ini, Al-Qardhawi menegaskan aktiviti seks songsang berlawanan dengan hukum Allah, oleh itu, umat Islam tidak dibenarkan menyatakan sokongan kepada mereka (LGBT), apatah lagi mengangkat mana-mana tokoh dari golongan mereka menjadi ketua kepada umat Islam.
“Ini pandangan Syeikh Yusof Al Qaradawi..kepada semualah yang banyak merujuk kepada Syeikh Yusof Qadawi..saya harap baca kenyataan ini..Jangan ambil pandangan Yusof Qaradawi atau ulama-ulama lain, cetusan-cetusan tertentu, untuk mengiayakan, menjustifikasi perbuatan kita sahaja, tetapi perkara yang menyentuh dasar-dasar Fiqh Islam itu ditinggalkan begitu sahaja,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...