Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Kepenatan berulang alik ke Kemaman menziarahi abang ipar yang sakit minggu lalu sebenarnya memberi impak kepada kesihatan saya. Sebelum itu pun saya sudah mula batuk-batuk sehingga hampir sesak nafas. Seolah-olah saya seperti dalam air kerana sebaik batuk habis batuk, saya memerlukan 4-6 saat untuk kembali bernafas secara normal.
Ini suatu yang membimbangkan. Saya yakin ada jawapannya, tetapi saya perlu ambil tindakan segera. Petang ini saya ke Pantai Hospital Manjung (PHM) untuk mendapatkan kepastian 'misteri' status kesihatan saya.
Saya jadikan PHM pilihan kerana klinik dan hospital kerajaan mempunyai bekalan ubat yang terhad. Tambahan pula jumlah pesakit yang ramai menyebabkan layanan kepada kita tentulah tidak dapat diberikan secara berfokus. Secara analogi mudahnya, saya samakan tindakan saya sendiri terhadap diri berbanding kereta. Saya sanggup mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk servis yang baik daripada mekanik di pusat servis yang khusus untuk kenderaan saya. Baru-baru ini, saya servis di Seri Manjung, dengan jumlah lebih RM400. Keesokannya saya buat perkara yang sama terhadap sebuah lagi kereta dengan jumlah bayaran yang hampir sama. Mengapa pula saya berkira-kira untuk 'servis kesihatan' diri sendiri? Bukankah jasad saya lebih penting daripada kereta, kerana tanpa kesihatan yang baik, saya tidak mampu memandu dengan berhemah?
Saya menanti keputusan ujian darah dan X-ray yang dibuat sebentar tadi. Harapan saya, semoga tiada penyakit berbahaya atau serius, kerana saya sebenarnya, amat bimbang dengan andaian tersebut. Hasilnya, selepas menunggu hampir dua jam, saya dimaklumkan keputusan ujian darah saya normal. Tidak ada tanda-tanda penyakit berbahaya. Malah, kandungan gula dalam darah hanya 4.9, iaitu berada pada paras normal.
Bagaimanapun, foto X-ray menunjukkan gumpalan kahak terperangkap di paru-paru dan ada angin terperangkap pada bahagian perut. Itu sebabnya saya sering sendawa.
Alhamdulillah, saya diberi ubat lain dan harus berjumpa semula dengan Dr. Shiamala pada 2 Jun nanti.
Blog ini adalah pandangan peribadi saya, dan jika pendapat kita berbeza, tidak sepatutnya menyebabkan kita bermusuh. Kita boleh berkongsi cerita dan pandangan, asalkan menjaga adab sopan berbicara. Terima kasih kerana singgah di sini. Saya amat menghargai kunjungan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...
-
Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Hari ini, Rabu 23 Mac 2011, keputusa...
-
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Kisah pembunuhan seorang pensy...
-
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sudah lama saya tidak menghadiri ...
Assalamu'alaikum cikgu..
ReplyDeleteSaya dulu batuk macam cikgu..selalu jadi tengah malam sehingga sesak nafas. Sejak dua bulan ini, sudah berkurangan. Kalau dulu terasa seperti tersumbat di bahagian paru-paru (disebabkan kahak) tetapi sekarang alhamdulillah rasa clear. Saya amalkan minum jus lemon suam campur madu asli. Resepinya, jus dari setengah biji lemon dan madu 1 sudu makan dibancuh dengan air suam. Kuantiti air bergantung kepada kesesuaian tekak kita. Kalau rasa masam sangat, boleh tambah air lebih sikit.
terima kasih atas cadangan,.. memang saya rasa seperti yang tirana rasakan..
ReplyDeleteMoga hilang kebimbangan yang melanda.. InsyaAllah
ReplyDelete...begitu kisahnya...semoga kita dalam rahmah-Nya.
ReplyDelete