Tuesday, February 7, 2017

Penghulu Mukim Lambor

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Malam tadi, saya menerima mesej daripada seorang bekas pelajar, yang pernah saya ajar di SMK Batu Sepuluh Lekir.  Mohd Norfakhiruddin Ismail, atau lebih mesra saya panggil dia 'Aker' adalah kumpulan pelajar saya yang terawal mendiami asrama. Banyak kenangan bersama bekas pelajar ketika saya menjadi ketua warden antara 2001 hingga 2005. 

     Dia anggota kumpulan pelaksana (AKP) di PPD Manjung sebelum ini. Namun berita yang disampaikannya mengejutkan saya. Dia tidak lagi bekerja di Manjung, sebaliknya sudah bertugas di Perak Tengah.  

     Akhirnya saya tahu juga, bahawa Aker sudah bekerja dengan kerajaan negeri Perak, dan tidak lagi berada dalam satu kementerian dengan saya. Perasaan saya tentulah gembira dan bangga, kerana dia membuktikan semangat dan kesungguhan untuk berjaya. Selepas tamat STPM, dia bekerja. Sambil itu,  Aker menyambung pelajaran ke peringkat ijazah melalui UiTM 

     Dia membuat permohonan selepas tamat belajar, dengan tidak menaruh harapan, kerana beranggapan saingan agak tinggi,  tetapi itulah rezeki dan ketentuan Allah. Sudah 3 bulan dia jadi Penghulu Mukim Lambor, sebuah kawasan di Perak Tengah, yang rata-rata didiami oleh masyarakat Melayu. 

    Tahniah Aker, dahulunya kecil molek dan pernah menjadi pelajar saya. Moga Aker boleh jalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaiknya. Cikgu bangga dengan kamu. 


No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...