Wednesday, March 29, 2017

Amalan memanjangkan Usia

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Tertarik saya mendengar isi kuiah Ustaz Ahmad Junaidi Mohd Said, yang menyampaikan kuliah maghribnya semalam.

Antara intipati kuliahnya berkisar dalam kitab Bahrulmazi, yang dijadikan panduan kuliah kami setiap Selasa di Masjid AlKhairiyah, Batu 10, Lekir. Penyampaiannya tenang, dengan kata-kata yang tersusun dan mudah difahami, terutama oleh golongan yang sudah berusia. Ustaz Ahmad Junaidi juga adalah teman sejawat saya semasa kami berkhidmat di SMK Batu Sepuluh, Lekir. Beliau juga merupakan pengajar kuliah haji dan umrah yang dilantik oleh Tabung Haji. 

Antara kupasannya yang menarik untuk dikongsikan adalah berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w., amalan yang dapat memanjangkan usia seseorang adalah menghubungkan silaturrahim.  Selain itu, amalan bersedekah juga boleh membantu memanjangkan usia seseorang. Dalam satu kisah, dikhabarkan Allah menyuruh malaikat menangguhkan kematian seorang dermawan, kerana doa seorang daripada fakir yang diberikan sedekah kepadanya. 





Sumber: Sahih Bukhari

Dengan amalan bersedekah juga, mempu membersihkan jiwa dan harta seorang Muslim. Jadi, mari kita bersama-sama mengamalkan budaya bersedekah dan merapatkan silaturahim. 

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...