Monday, May 15, 2017

Pendidikan Abad Ke-21

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Hari ini, cara berfikir dan bertindak generasi muda sudah berubah. Namun begitu, corak dan gaya guru mengajar tidak seiring dengan perubahan zaman. Ada guru masih selesa dengan kaedah tradisional, iaitu 'talk and chalk'. Rata-rata pakar pendidikan masa ini bersetuju bahawa kaedah guru mengajar dalam kelas perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat. Ini kerana apa yang kita asuhg dan bimbing, merupakan generasi skrin yang terdedah dengan monitor TV, laptop, PC, HP dan seumpamanya.

Untuk menarik minat golongan pelajar memahami apa yang diajar oleh guru, ia memerlukan kaedah dinamik yang sentiasa baharu, pelbagai dan memberi inspirasi kepada murid. Usaha KPM memperkenalkan  Sekolah Amanah, Sekolah Transformasi, dan Pendidikan Abad 21 sebenarnya berkait rapat dengan usaha menjadikan sekolah sebagai tempat yang seronok untuk didatangi, bukannya dibenci.

3 comments:

  1. Selamat hari guru! Tak dapat nak beri hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apalah Nabila, camner sambutan di Seri Samudera? Harap semuanya meriah macam di sini..

      Delete
    2. Alhamdulillah, dengar cite sambutannya agak meriah. Dengar cite dari rakan sekelas je. Saya tak dapat hadir sebab sakit.

      Delete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...