Wednesday, October 2, 2019

WARDEN ASRAMA: JAWATAN YANG BUKAN DAMBAAN GURU

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Baru baru ini, seorang pengetua dan  warden di sebuah sekolah di Terengganu disaman sebanyak lebih 500 ribu ringgit oleh waris pelajar kerana anaknya dibuli di asrama. Inilah hakikat pahit dan mimpi ngeri yang cuba dielakkan oleh warden dan pentadbir mana mana sekolah.

Sekolah yang mempunyai asrama, biasanya mengalami masalah mencari guru untuk dilantik menjadi warden. Warden, atau penjaga pelajar asrama di sekolah-sekolah adalah guru yang dilantik khas dengan elaun khusus.

Pada tahun 2001, saya dilantik menjadi Ketua Warden Asrama, dan dibantu oleh 4 orang warden. Antaranya Cikgu Nazri Mat Alim, Cikgu Noraini Yoeb, Cikgu Baharuddin Mat Nor dan Cikgu Noor Parida Abdul Rahman. Saya bersama isteri dan anak anak diberikan rumah warden di bawah blok asrama, dan tinggallah kami bersama pelajar asrama sehingga saya berpindah ke rumah sendiri pada tahun 2005. Banyak pengalaman pahit manis saya dengan pelajar asrama. Sebahagian besar mereka masih berhubung dengan saya.

Menjadi warden bukanlah satu kerja yang mudah. Pengalaman sebagai warden memberikan saya peluang menguasai bidang hal ehwal murid, dan berada dekat dengan pelajar asrama. Bayangkanlah, kita menjaga dan memastikan keselamatan pelajar seramai hampir 300 orang, selama 24 jam, kecuali ketika musim cuti.

Persoalan yang sering bermain di fikiran warden, adakah ia berbaloi? Dari segi nilai wang, ia sangat tidak berbaloi, kerana elaun warden hanya RM240 dan tambahan RM40 lagi sebagai ketua warden. Sejak 2001, hingga kini, nilai elaun tidak berubah. Tugas dan tanggungjawab warden amat berat, mencabar dan perlukan pemahaman daripada keluarga guru yang menjadi warden.

Kebanyakan warden asrama yang dilantik di sekolah sekolah adalah paksa rela. Dengan erti kata lain, mereka menerimanya kerana arahan, dan tidak sepenuh hati. Jumlah elaun yang diterima  tidak setimpal dengan beban kerja yang ditanggung. Acapkali hal ini disuarakan di peringkat daerah, jabatan da
n dibawa dalam usul MPSM ke kementerian. 

Namun sehingga hari ini, kerajaan masih belum melayani tuntutan agar elaun warden dinaikkan. Andainya saya menjadi menteri pendidikan, saya pasti berjuang memastikan kenaikan elaun warden ini setimpal dengan apa yang perlu dihadapi oleh warden. Elaun ketua warden, saya akan dinaikkan kepada RM1500 sebulan, manakala elaun bagi warden RM1000. Malangnya, saya bukan menteri. Lagipun saya tidak boleh berjanji, kerana hari ini ramai menteri yang dilantik, tidak mengotakan janji semasa pilihanraya. 

Saya percaya, jika elaun warden dinaikkan ke jumlah yang munasabah, pasti ramai guru yang bersedia untuk dilantik sebagai warden. Jangan salah faham. Guru bukan mata duitan, tetapi tugas ini memang menuntut pengorbanan masa dan tenaga yang lebih berbanding guru lain.

Anda boleh baca kisah warden paksa rela di sini
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/guru-8216-dipaksa-rela-8217-jadi-warden-sekolah-nutp-1.979529


1 comment:

  1. Elaun rm240 tu tolak pulak rumah warden rm150 dgn sara diri rm75 bg DG41. Kiranya, elaun yang warden dapat cuma rm15 sebulan. Perit rasa. Duit minyak hantar bdk blk, pergi hospital, duit ubat, duit top up lg utk call parents. Blm tmbh lg bab emosi kena bahan dgn parents yg xde usul periksa, tahu salahkan org je siap ckp lg sapa suruh mintak jadi warden. Allah..tipisnya kesabaran masa tu. Rasa nak balun je org camtu. Tanya la mna2 cikgu, siapa yg rela, angkat tgn dlu bila suruh jadi warden? Agaknya, kalau suruh parents jd warden, nak tak?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

TUN DAIM YANG DERMAWAN

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Tun Daim Zainuddin, mantan menteri k...