Monday, January 4, 2021

HUBUNGAN BILATERAL MALAYSIA-INDONESIA DIUJI LAGI

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Hubungan Malaysia dan Indonesia, walaupun serumpun dan mempunyai persamaan serta sejarah budaya yang hampir sama, ia dipisahkan oleh geopolitik yang sedikit kompleks. 

Pada akhir tahun 2020, kita dikejutkan dengan berita penghinaan terhadap lagu kebangsaan negara Indonesia, dalam media sosial. Dengan cepatnya ia didakwa didalangi oleh rakyat Malaysia. Buktinya, video lagu kebangsaan Indonesia yang diparodikan itu dalam saluran MyAsean, berlatarbelakangkan bendera Jalur Gemilang. 

Ia telah mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat Indonesia, lalu kecaman hebat kepada rakyat dan negara ini diluahkan melalui media sosial. Tidak cukup dengan itu, Kedutaan Besar Republik Indonesia, menyatakan bantahan dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. 

Unit Anti Jenayah Teknologi Maklumat PDRM segera bertindak pantas dan mudah mengenalpasti punca dan dalang sebenar penghinaan terhadap lagu kebangsaan negara berkenaan. (Berita akhbar Tempo di sini)

Ibarat orang lain yang makan nangka, orang lain pula terkena getahnya. Begitulah resam peristiwa yang hampir menjejaskan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia. 

Setelah disahkan melalui ID dan maklumat oleh pakar ICT PDRM, rupanya pelaku utama yang mengaibkan lagu kebangsaan Indonesia adalah rakyatnya sendiri. Lebih malang, ia dilakukan oleh remaja belasan tahun, berpunca daripada rasa tidak puas hati sesama mereka. Ia tidak ada kena mengena dengan rakyat Malaysia. 

Peristiwa ini membuktikan bahawa tindakan terburu-buru media Indonesia memainkan sentimen kebencian melulu tanpa usul periksa, boleh menjadi punca rosaknya hubungan antara negara. Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua. 

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...