Monday, April 26, 2021

TRAGEDI KRI NANGGALA 402 BERSEMADI DI LAUT BALI

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.



Pada awal pagi 21 April 2021, kapal selam milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) dilaporkan tidak dapat dikesan ketika berada di perairan Laut Bali. Ketika itu ia dalam sesi latihan dan membawa bersama 53 orang anak kapal. 

Kapal selam berkuasa elektrik- diesel berusia 40 tahun tersebut akhirnya disahkan tenggelam buat selama-lamanya, bersemadi di dasar laut Bali sedalam lebih 800 meter, dan 53 orang anak kapalnya gugur bersama sama. 

Tragedi ini mengingatkan saya kepada peristiwa kapal selam berkuasa nuklear milik Rusia, pada tahun 2000 mengorbankan semua 118 anak kapalnya di laut Barent. Kapal selam Kursk juga mengalami kerosakan akibat letupan torpedo dan usaha menyelamat sukar dibuat kerana ia terdampar di dasar laut. 

Malaysia, sebagai sebuah negara jiran dan saudara serumpun dan seagama, turut berduka dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap KRI Nanggala 402. Malaysia turut menghantar kapal penyelamat MV Mega Bakti yang berpangkalan di Teluk Sepanggar, Sabah untuk mencari kapal selam malang tersebut. 

Marilah kita doakan Allah merahmati roh mereka yang terkorban pada bulan mulia ini. Semoga dua buah kapal selam kita dilindungi daripada musibah seperti itu. 

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...