Tuesday, December 14, 2021

TRAGEDI DIREMPUH BABI HUTAN HAMPIR MERAGUT NYAWA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Selepas solat maghrib di rumah, pada petang Khamis 2 Disember 2021, saya bergegas menunggang motor ke masjid Batu 10 Lekir. Niat saya tentulah ingin menyertai ahli kariah untuk membaca Yaasin dan tahlil mingguan seperti biasa.

Malang tidak berbau, saya dirempuh oleh kumpulan beberapa ekor babi hutan ketika di laluan kampung yang agak sunyi. Saya pengsan tidak sedarkan diri selepas kepala terhentak kuat di atas jalan tar. Darah keluar daripada luka di kepala dengan agak banyak. 

Saya terbaring tanpa bantuan sekurang-kurangnya setengah jam, sebelum ditemui oleh seorang jiran yang melalui jalan tersebut , Adam Taseh. Beliau kemudiannya menghubungi ambulans dan saya dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan lanjut. Saya kemudiannya ditahan di wad untuk beberapa hari bagi memastikan pemantauan terhadap kesihatan kesan daripada kemalangan tersebut. Setelah melalui pemeriksaan CT scan, x-ray dan pemeriksaan mata secara rapi, pihak hospital membenarkan saya pulang ke rumah pada 10 Disember 2021. 

Kesan kemalangan tersebut menyebabkan kepala saya pening dan lebam pada mata sebelah kanan, namun ia beransur ansur hilang. Syukurlah daya ingatan saya tidak terjejas dan proses pemulihan saya semakin baik hari ke hari. 

Saya bersyukur kepada Allah, kerana berkat doa ahli keluarga, saudara mara, jemaah surau dan masjid, kenalan serta sahabat handai, juga bekas pelajar telah memberi ruang saya untuk terus menghidu udara di bumi Allah. 

Terima kasih semua.  

3 comments:

  1. Alhamdulillah
    Dah sembuh dan sihat kembali

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semoga sahabatku terus tabah dan sabar dengan ujian hidup ini ... Semua perkara yg dihadapi samada baik atau buruk kedua2nya beroleh pahala jika kita bersyukur dan bersabar kerana Allah. Inshaa Allah Aamiin Yarabbal Alamiin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.Bertahun2 lamanya tak baca updated blog dari Cikgu.Istiqamah je Cikgu memberi perkongsian cerita dan ilmu.Realistik dan masuk dalam hati..By the way, mesti satu hari nanti Cikgu sambung PHD dan bakal jadi pensyarah Universiti pulak.Sedangkan "general writing" begitu baik,inikan pula kalo Cikgu menulis thesis PHD.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...