Monday, January 17, 2022

Buta mata, tetapi celik hati dan iman

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Seorang pelajar semester akhir Program Diploma Tahfiz al-Quran danal-Qiraat Darul Quran (DQ) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kuala Kubu Bharu, Tan Mike Foong, 25, gementar apabila diminta membaca beberapa surah Al-Quran oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, hari pada Ahad 16 Januari 2022.

"Menteri meminta saya membaca secara hafazan surah An-Naba dan beberapa ayat pilihan dalam pertemuan kami hari ini."

"Saya memang gugup dan gementar sebab ini kali pertama kami bertemu, tapi Alhamdulillah, saya dapat tunaikan apa yang diminta," katanya ketika ditanya oleh wartawan Berita Harian. 

Dalam pertemuan secara santai di DQ itu Mike yang sudah menghafal 30 juzuk al-Quran, ditemani ibunya, Ang Bee Cheng, 50.

Mike, seorang mualaf berbangsa Tionghua, memeluk Islam pada 2015 dan mengikuti Program Sijil Asas Tahfiz di DQ bermula 2019. Namun kemampuannya menghafaz surah Al-Quran sangat hebat.  

Beliau menghafaz 10 juzuk al-Quran dalam tempoh setahun, selain menulis 30 juzuk al-Quran secara tulisan Braille sebagaimana ditetapkan dalam proforma Program Diploma DQ.

Sesungguhnya, kemampuan Mike menghafal Quran bukanlah suatu perkara mudah. Ia tentunya memerlukan kesungguhan dan azam yang kuat daripada individu cacat penglihatan sepertinya. Namun, tiada yang mustahil di dunia ini. 

Tahniah Mike! 

2 comments:

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...