Thursday, May 26, 2011

Semangat Berkobar, Hajat Menderma Darah Tak Sampai..

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sempena sambutan hari guru, sudah menjadi kelaziman PPD Manjung menganjurkan program Derma Darah  yang disertai oleh guru-guru di daerah ini. Awal pagi lagi saya sudah bersedia. Selepas memberi kerja kepada pelajar, saya bertekad untuk menderma darah di PPD Manjung secepat mungkin. Tujuannya mudah. Saya boleh kembali ke sekolah dan mengajar seperti biasa. Perancangannya begitu, tapi  saya tidak mampu melawan perancangan Allah.

Segalanya bagai sudah dalam jadual. Tiba awal di Dewan Bestari, PPD Manjung. Ketika itu, unit Derma Darah Hospital Seri Manjung pun belum tiba. Dewan masih kosong. Petugas pun baru mula membelek-belek borang pendaftaran. Wah, semangat sungguh saya.

Selepas beberapa ketika, van HSM dan pasukan petugas derma darah pun tiba. Seorang pegawai perubatan yang kacak begitu mesra melayani karenah guru-guru yang agak 'cuak' dengan darah. Bermula dengan pemeriksaan jenis darah dan kepekatan, kami berbaris menunggu giliran. En. Suhaimi Ramli, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Manjung turut memberi sokongan.
"Saya dah tak boleh menderma,.. Banyak sangat sakitnya." katanya sambil disambut ketawa para guru. 

Menurut seorang pembantu perubatan, kepekatan darah yang sesuai untuk menderma adalah pada ukuran 12.5 hingga 18. Bacaan kepekatan darah saya 15.5, manakala kandungan gula hanya 7.7. 

"Darah cikgu jenis O," katanya sambil mengarahkan saya ke kaunter berikutnya. 

Di kaunter tersebut, saya dilayani seorang doktor Cina yang petah berbicara. Dia mengukur tahap tekanan darah. Malang sekali, tekanan darah saya hari ini tidak memenuhi syarat pendermaan darah. Bacaan tekanan darah saya 119/112. Ia agak tinggi dan membahayakan jika saya teruskan niat menderma darah.

Saya diminta rehat seketika.

"Tenang, fikirkan yang indah-indah.." Katanya sambil tersenyum.

Hati saya sudah berkata-kata, nampaknya saya masih gagal menderma, seperti tahun lalu. 

Lebih nyata lagi, saya mungkin sudah mendapat pusaka daripada arwah ayah, iaitu tekanan darah tinggi. 
Saya masih berharap ia tidak menjadi kenyataan.

Wednesday, May 11, 2011

Hari terakhir mak (Dedikasi untuk Hari Ibu)

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya masih ingat menjelang hari terakhir jasad mak bercerai daripada nyawanya. Perit untuk kami menerima hakikat mak menghidap kanser hempedu. Dalam masa yang sama, ayah diserang angin ahmar, menyebabkan dia tidak mampu berjalan. Kedua-dua orang yang kami sayang diuji hampir serentak waktunya. Mujur adik saya Wa belum berkahwin ketika itu. dapatlah dia memberi perhatian lebih kepada penjagaan mak.
Sabtu 22 Oktober 2005, penyakit mak semakin parah. Batuk mak mula mengeluarkan darah berketul-ketul. Enam bulan sebelumnya, Doktor pakar di Hospital Tuanku Bainun mengesahkan mak menghidap kanser hempedu tahap 3.
"Mak encik ni, ada enam bulan sahaja. Tapi kalau buat pembedahan, kita boleh jangka 50-50, sebab faktor umur. Lagipun keadaan badannya agak lemah." katanya selepas membuat pemeriksaan khas untuk mak.
"Prepare for the worst" kata-kata akhir doktor itu menyebabkan kami terkesima. Kami pasrah dengan takdir untuk mak.
Saya dan Yong bertekad memberitahu adik beradik sahaja. Ayah pun kami tak maklumkan. Lagipun, ayah masih lemah selepas serangan strok, kami bimbang ayah terkejut pula.
Selepas pengesahan tersebut, kami bawa mak ke sebuah hospital pakar swasta berhampiran Tambun. Kami cuba dapatkan pandangan alternatif. Nasihat pakar tersebut tidak ada bezanya dengan pendapat pertama. Akhirnya kami bawa mak pulang. Mak sendiri tak mahu dirawat lama-lama di hospital.
"Badan mak sejuk. Mak nak balik ke rumah," rintih mak semasa kami memujuknya lebih lama di hospital.
Dalam tempoh enam bulan, kami bawa mak ke pusat rawatan tradisional dan alternatif lain, tapi keadaan mak semakin berat. Sel-sel barah semakin merebak sehingga ke pangkal hati.
Sehari sebelum mak pergi, mak teringin benar berjumpa adik saya yang tinggal di Batu Pahat, Johor.
"Mana Oun, .. dia dah tiba?" dia bertanya lemah.
Oun adik ke-4 saya sudah berumahtangga dan bekerja di TM Batu Pahat. Dialah yang jarang kami jumpa sebab tugas dan jarak membataskan kepulangannya.
"Oun dalam perjalanan, mak. Nanti petang dia tiba." Saya pujuk mak.
Petang Sabtu, keadaan mak semakin berat. Darah keluar bersama batuk yang berpanjangan. Lebih memilukan, darah beku keluar bersama batuk mak. Wajah mak juga semakin pucat. Kami bersedia menghadapi apa juga yang bakal berlaku. Mungkin derita mak bakal berakhir. Tapi, berakhirnya penderitaan mak bermakna kami akan kehilangannya.
Kepada ayah, kami jelaskan juga tentang situasi mak. Ayah banyak termenung. Mungkin mengenangkan suka duka hidup dengan mak selama hampir 40 tahun.Untuk membantu mak, ayah tak berdaya. Dia sendiri terpaksa dipapah untuk ke sana ke mari. Menolak kerusi roda dengan tangan pun ayah tak mampu.
Sebelum Asar, adik saya Oun akhirnya tiba di rumah setelah menempuh perjalanan lebih 600km. Sebenarnya sepanjang tempoh mak sakit, Oun kerap pulang sehingga cutinya habis. Kali ini, dia pulang sendirian sebab dia menjangka pulang lagi bersama keluarga pada minggu berikutnya.
Anehnya, sebaik Oun tiba, mak bagaikan mendapat semangat baru. Lebih kurang 30 minit mak berbual dengan Oun. Oun picit-picit badan mak. Oun tadah muntah mak. Kami berbual seolah-olah mak hanya demam biasa. Menjelang maghrib, mak koma tidak sedarkan diri. Itulah detik akhir kami berbual dengan mak. Hakikatnya mak berada dalam tenpoh akhir hidupnya.
Selepas azan subuh pagi Ahad 23 Oktober 2005, mak pergi menghadap Penciptanya dengan tenang. Hajat mak untuk bertemu semua anaknya tercapai juga.
Selepas mak pergi, keadaan ayah semakin buruk. Hajat ayah untuk 'bertemu' mak dimakbulkan selepas hampir dua tahun. Pada 17 November 2007, ayah kembali ke rahmatullah. Kami kebumikan jasad ayah seperti mana yang diwasiatkannya, iaitu bersebelahan pusara isteri tercintanya.
 
Ya Allah, terima kasih dan kami bersyukur dikurniakan ibu bernama AMINAH BINTI MD HUSIN. Moga Allah rahmati roh mak dan ayah ALI HASSAN BIN AHMAD dalam kumpulan mukmin terpilih.

Tuesday, May 3, 2011

Tindakan Keluar Daripada Islam (Murtad)

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Keluar daripada pegangan agama Islam, atau lebih tepat lagi MURTAD seakan tidak berkesudahan. Terbaru, di Kota Bharu, Kelantan seorang penuntut universiti yang berhasrat keluar Islam, akhirnya menukar pendiriannya dan kekal Islam ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah, di sini hari ini.

Utusan Malaysia memetik pemuda itu sebagai Mohamad Fariz Ilham Mohd. Zulkifli, 19, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu, telah menukar hasratnya itu ketika dihadapkan di hadapan Hakim Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty.

Dia turut mengucap dua kalimah syahadah, beristighfar dan membaca surah al-Fatihah setelah diminta berbuat demikian oleh Abu Bakar.

Syukurlah dia masih lagi mempunyai iman untuk kekal dalam Islam. Bagaimana dengan Lina Joy atau Aishah Felecia Bukhari? Masih adakah sinar untuk mereka kembali kepada Islam. Marilah kita berdoa agar usaha memurtadkan orang Islam yang digerakkan oleh badan-bvadan tertentu ini gagal.

Wednesday, April 20, 2011

Pengunjung Setia Masjid An-Nasriyah

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

"Allahuakbar!" Dia mengajuk imam dengan suara kelakar.
Entah siapa namanya, di mana tinggalnya, aku tak tahu. Yang pasti, setiap kali aku ke masjid ini, dia sering berada bersama jemaah untuk solat. Susuk badannya kini agak gempal berbanding dahulu. Kata orang, dia cacat sejak kecil. Cacatnya tak kelihatan pada mata kasar, tapi perangainya kebudak-budakan.
Kerap juga dia menyaringkan suara, sehingga hampir-hampir mengganggu solat para jemaah. Tapi setakat ini, dia tidak bersikap kasar. Hari ini dia berkaca mata, nampak bergaya. Hampir tergelak aku melihat wajahnya dengan spek tersebut. Ironinya, dia cuba bersalam dengan jemaah lain selepas solat. Bagi jemaah yang memahami, mereka menerima salamnya bersahaja. Tapi bagi yang tidak pernah bertemu dengannya, mungkin berasa sedikit cuak dengan sikap 'ramah'nya itu.
Pernah satu ketika, ketika menyusun kasut pengunjung masjid, dia dibelasah kerana salah faham. Dia dianggap cuba mencuri kasut jemaah. Hari ini, dia masih setia menyusun kasut para jemaah yang singgah menunaikan solat di masjid ini.
Selesai solat, kubawa anak-anak kembali ke kereta.
"Baba, tengok kasut kita, dah disusun."  anakku menunjuk ke arah kasut dan selipar yang tersusun kemas.
Kami memandang sekeliling masjid.
Tidak jauh dari tangga masjid, kelihatan kelibat seorang lelaki tersengih ke arah kami.
Aku membalas dengan senyuman.
Terima kasih, getus hatiku.

Tuesday, April 12, 2011

Guru Ditumbuk Hidung, Murid Dibelasah Hingga Mati.

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kisah seorang murid berusia 7 tahun dibelasah hingga koma, dan akhirnya menemui ajalnya, cukup menyebabkan masyarakat marah. Mana mungkin, seorang guru (yang juga penyelia) boleh bertindak keterlaluan sehingga mengambil nyawa seorang kanak-kanak yang baru mengenal erti hidup. Walau apa pun alasannya, saya bersependapat dengan majoriti ahli masyarakat yang tidak setuju dengan tindakan guru berkenaan. 

Kini guru tersebut di tahan reman dan bakal dibicarakan. Persoalannya, layakkah dia digelar guru? Bukankah dia sudah menjatuhkan martabat dan profesion mulia ini?

Kisah kedua, berlaku di Perlis juga. Seorang samseng baru berusia 14 tahun, menunjukkan kegagahan dengan membelasah guru wanita sehingga patah hidungnya. Guru tersebut dikatakan cuba meleraikan suspek yang sedang membuli seorang pelajar lain. Suspek tersebut kemudian ditahan reman dan dijamin RM3000 sebelum kesnya dipanjangkan. 

Dua kisah ini tidak berlaku di Afrika. Bukan berlaku di Amerika, tetapi di negara kita. Apa sebenarnya yang berlaku dalam sistem pendidikan kita? Bukankah kedua-dua pihak, guru dan murid saling memerlukan? Ironinya, seorang insan tidak bergelar guru, jika tiada murid. Jika tidak menghormati guru, ilmu yang kita pelajari tidak mendapat keberkatan.

 

Thursday, April 7, 2011

Kisah Atendan Pam Bujang Tua

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Aku sering mengisi minyak kenderaan di sebuah stesen minyak berdekatan. Kali pertama menemuinya, aku pasti, dia adalah Pozi, rakan sekampung yang sudah menginjak 40 tahun.

Kami pernah sama-sama mengikuti perkhemahan sekolah rendah. Kami sama-sama di'halau' oleh Kem Komandan atas sebab tidak layak mengikuti perkhemahan tersebut. Mengingati kisah tersebut, kami ketawa bersama. Kenangan itu kami simpan sebagai tanda kami pernah melalui pengalaman pahit.

Dia kini agak botak, raut wajahnya menampakkan kesusahan hidup. Wajahnya kusam, berkerut di sana sini. Kulit tangannya keras membuktikan banyak kerja berat yang dibuatnya untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Dia tidak punya apa-apa untuk dia banggakan.Tiada isteri, anak atau harta. Masih menumpang emak. Emaknya pula tinggal bersama ayah tirinya. Selalu dia meluahkan kisah malangnya apabila kami bertemu di stesen ini. Aku pula senang menjadi pendengar keluhannya.
"Kau ada kereta, aku tak ada apa pun." katanya.
"Jangan melihat kereta sebagai ukuran. Kereta dah jadi keperluan sekarang ni."
Tapi, tengoklah kau," katanya lagi.
"Kau ada kerja. Jadi cikgu. Kau dihormati. Anak murid kau ramai. Jumpa di mana-mana pun, kau dikenali."
Dia diam sambil merenung pelanggan yang datang dan pergi dari stesen minyak.
"Besar kedudukan, besarlah tanggungjawab dan harapan masyarakat." perlahan aku menyusun kata.
"Kau masih ada sesuatu untuk dibanggakan,"
"Ada? Apa yang aku ada? Kerja atendan pam minyak, setaraf Bangladesh yang datang cari rezeki di sini," katanya merenung jauh.
Aku menanti dia meluahkan rasa terbuku di hatinya. 
"Kau masih ada maruah, harga diri. Kau tak meminta-minta. Kau bukan perompak. Kau ada kerja halal."
Dia senyum kelat sambil matanya terpaku ke arahku.
Entah apa makna senyumannya, hanya dia yang tahu.

Thursday, March 31, 2011

Gempa Bumi zaman Rasulullah s.a.w dan Sahabat

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dipetik daripada Halaqah

t3.gstatic
Setidaknya dua kali gempa tercatat dalam riwayat hadits Nabi. Yang pertama di Mekah. Dan kedua di Madinah.

Pertama,Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Kuzaimah, ad-Daruquthni, dan lainnya dari Utsman bin Affan bahwa dia berkata, "Apakah kalian tahu Rasulullah pernah berada di atas Gunung Tsabir di Mekah. Bersama beliau; Abu Bakar, Umar dan saya. Tiba-tiba gunung berguncang hingga bebatuannya berjatuhan. Maka Rasulullah menghentakkan kakinya dan berkata: Tenanglah Tsabir! Yang ada di atasmu tidak lain kecuali Nabi, Shiddiq dan dua orang Syahid.”

Kedua, hadits shahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik, dia berkata:
“Nabi naik ke Uhud bersamanya Abu Bakar, Umar dan Utsman. Tiba-tiba gunung berguncang. Maka Nabi menghentakkan kakinya dan berkata: Tenanglah Uhud! Yang ada di atasmu tiada lain kecuali Nabi, Shiddiq dan dua orang syahid.”


Di antara pelajaran besar dalam dua riwayat di atas bahwa ternyata gunung tidak layak berguncang saat ada 4 manusia terbaik ada di atasnya. Nabi harus menghentakkan kaki dan mengeluarkan perintah kepada gunung untuk menghentikan guncangan tersebut.


Di sinilah pelajaran besarnya bagi kita sebagai analisa pertama tentang gempa. Bahawa keberadaan orang-orang sholeh di sebuah masyarakat membuat bumi tidak layak berguncang. Kriteria kesholehan sangat spesifik disebutkan dalam riwayat tersebut. Untuk kita, hanya tinggal dua pilihan mengingat sudah tidak ada lagi nabi. Yaitu: Shiddiq. Kriteria utama Abu Bakar adalah beriman tanpa ada rasa keraguan sedikit pun. Dan Syahid. Mereka yang meninggal fi sabilillah.


Jika manusia dengan dua kriteria itu masih banyak yang hidup di atas bumi, maka bumi tidak layak gempa. Sebaliknya, gempa terjadi manakala bumi telah sepi dari keberadaan orang-orang dengan keimanan tanpa ada kabut keraguan dan orang-orang yang meninggal fi sabilillah.


Dalam riwayat mursal yang disebutkan oleh Ibnu Abid Dun-ya, setelah Rasulullah menenangkan guncangan beliau berkata kepada para shahabat, “Sesungguhnya Tuhan kalian sedang menegur kalian, maka ambillah pelajaran!”


Gempa di Masa Umar bin Khattab radhiallahu anhu


Gempa juga tercatat pernah terjadi di masa kekhilafahan Umar, sebagaimana yang disampaikan
japan_earthquake_1846151cdalam riwayat Ibnu Abid Dun-ya dalam Manaqib Umar. Madinah sebagai pusat pemerintahan kembali berguncang. Umar menempelkan tangannya ke tanah dan berkata kepada bumi, “Ada apa denganmu?” Dan inilah pernyataan sang pemimpin tertinggi negeri muslim itu kepada masyarakat pasca gempa,
“Wahai masyarakat, tidaklah gempa ini terjadi kecuali karena ada sesuatu yang kalian lakukan. Alangkah cepatnya kalian melakukan dosa. Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya, jika terjadi gempa susulan, aku tidak akan mau tinggal bersama kalian selamanya!”


Kembali, generasi terbaik itu mengajarkan ilmu mulia bahwa gempa terjadi karena dosa yang dilakukan oleh masyarakat. Umar dengan tegas menyatakan itu. Lebih tegas lagi saat dia bersumpah bahwa jika terjadi gempa susulan, Umar akan meninggalkan Madinah. Karena itu artinya dosa kembali dikerjakan dan tidak kunjung ditaubati.


Shahabat Ka’ab bin Malik mempunyai pendapat yang mirip dengan Umar bin Khattabh. Inilah pernyataan lengkapnya tentang gempa,“Tidaklah bumi berguncang kecuali karena ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gemetar karena takut Rab nya azza wajalla melihatnya.”


Ka’ab menyebut bahwa guncangan bumi adalah bentuk gemetarannya bumi karena takut kepada Allah yang Maha Melihat kemaksiatan dilakukan di atas bumi-Nya.


Gempa di Mata Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu anha


Inilah pelajaran yang diberikan oleh guru besar para shahabat dan tabi’in sepeninggal Nabi selama 47 tahun; Aisyah isteri Nabi, seperti yang disampaikan oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya al-Jawabul Kafi.
Suatu saat Anas bin Malik bersama seseorang lainnya mendatangi Aisyah. Orang yang bersama Anas itu bertanya kepada Aisyah: Wahai Ummul Mukminin jelaskan kepadaku tentang gempa.


Aisyah menjelaskan,
“Jika mereka telah menghalalkan zina, meminum khamar dan memainkan musik. Allah azza wajalla murka di langit-Nya dan berfirman kepada bumi: guncanglah mereka. Jika mereka taubat dan meninggalkan (dosa), atau jika tidak, Dia akan menghancurkan mereka.
japan-confronts-nuclear-crisis-after-massive-quake_2011_650105-1Orang itu bertanya kembali: Wahai Ummul Mukminin, apakah itu adzab bagi mereka?
Aisyah menjawab, “Nasehat dan rahmat bagi mukminin. Adzab dan kemurkaan bagi kafirin.”
Anas berkata: Tidak ada perkataan setelah perkataan Rasul yang paling mendatangkan kegembiraan bagiku melainkan perkataan ini.


Sangat gamblang dan jelas penjelasan Ummul Mukminin Aisyah tentang penyebab spiritual gempa. Tiga dosa yang semuanya marak di zaman kita ini. Khusus untuk dosa yang pertama, Aisyah menggunakan kata istabahu yang artinya masyarakat telah menganggap zina itu mubah[perkara biasa]. Zina tidak hanya dilakukan, tetapi telah dianggap mubah. Dari ucapan, tindakan, kebijakan sebuah masyarakat bisa dibaca bahwa mereka yang telah meremehkan dosa zina, memang layak dihukum dengan gempa.


Inilah Kesimpulannya…

Dari semua pernyataan hamba-hamba terbaik Allah di muka bumi ini tentang gempa, ternyata penyebab spiritual gempa adalah sebagai berikut:
1. Sedikitnya orang-orang shiddiq [jujur dan amanah ] dan syahid yang tinggal di atas muka bumi
2. Masyarakat telah menghalalkan zina
3. Masyarakat telah mengkonsumsi khamar (narkoba)
4. Masyarakat telah memainkan muzik tanpa memikirkan larangan ALLah

LANDAK RAYA: TIKUS BERDURI YANG BERPOTENSI DALAM EKONOMI

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Semasa berkunjung di rumah rakan di ...