Tuesday, February 18, 2014

Derita Duda Lumpuh (UPDATE)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.



Benarlah kata orang, hidup umpama roda. Kekadang di atas, ada kalanya di bawah. Saya coretkan kisah sedih En. Rosli, bapa pelajar saya yang lumpuh separuh badan. Hidupnya bertambah sengsara apabila isterinya meninggal dunia akibat barah 2 tahun lalu.

Kehidupannya di Kampung Desa PEMARAK Kayan amat sederhana. Mujurlah rumah yang didiaminya sekarang hasil sumbangan FELCRA Berhad. Jauh lebih baik daripada rumah lamanya yang sangat uzur. Dengan elaun FELCRA sebanyak RM200 sebulan, dia boleh menyara hidup bersama tiga orang anaknya. Seorang anak perempuannya tinggal bersama nenek di kampung berdekatan, manakala anak lelakinya Rafizi, 13 tahun, menjaga ayah dan adiknya yang berusia hampir tiga tahun.

En. Rosli semasa sihatnya melakukan kerja seperti pemandu lori dan menggali liang. Sejak diserang angin ahmar hujung tahun 2013, segala-galanya menjadi amat terhad untuknya.
“Saya duduk di rumah sahajalah, cikgu. Kadang-kadang kalau rimas, Rafizi akan tolak saya dengan kerusi roda di halaman rumah,” katanya semasa saya mengunjunginya.
 
En. Rosli menerima sumbangan keperluan dapur


Dapur dan ruang tamu berkongsi ruang di rumah kecil ini

Syukurlah ada rakan- rakan guru telah memberikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan. Malahan, seorang sahabat kelab rekreasi basikal saya, En. Shaharudin Abdul Malek turut ikut serta menyampaikan sumbangan berupa wang dan keperluan dapur untuk kegunaan beliau.
“Siapa masak?,” saya bertanya tentang makanannya.
“Selalu beli sahajalah, cikgu. Tak boleh masak sendiri. Tapi dah ada (sumbangan) ni, boleh minta jiran sebelah masakkan.” Katanya dengan nada sayu.
Dia masih berharap untuk pulih seperti sedia kala. 
Moga-moga Allah berikan kekuatan untuknya. 
En. Rosli telah kembali ke rahmatullah setelah hampir dua bulan saya melawatnya. Alfatihah untuk arwah.
 

Wednesday, January 22, 2014

Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.










Thursday, January 2, 2014

Budaya Biadab Semakin Menular

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Hari pertama persekolahan sesi 2014 agak mencabar. Perhimpunan rasmi dipendekkan kepada perkara penting sahaja, manakala  pembahagian murid tingkatan 1 ke kelas masing-masing dibuat sebaik sahaja perhimpunan selesai. Kami cuba sedaya upaya memberi keselesaan kepada pelanggan utama, iaitu para pelajar dan ibu bapa. 
Barangkali, ujian untuk saya pada hari pertama persekolahan, saya didatangi seorang bapa yang tidak berpuas hati kerana anaknya tidak mendapat tawaran asrama. 
Tubuh pendek dan kepala botaknya seakan seiring dengan sikap biadabnya apabila menuduh saya membuat janji yang bukan-bukan. Hakikatnya, tempat di asrama amat terhad dan kami terpaksa mengutamakan pelajar dari Rancangan Khas Daerah sebelum diberikan ruang kepada pelajar yang merayu. 
"Saya nak tukarkan anak saya. Lain kali jangan cakap dolak dalih. Usah berjanji kalau tak boleh tepati." kata-katanya menusuk hati, tetapi saya redha menerimanya sebab ini ujian untuk saya. 

Ya Allah, ampunkan aku jika tidak berlaku adil.

Wednesday, December 11, 2013

Pantai Timur Sabah Penuh Keterujaan

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pada 16 November 2013, kami sekeluarga berangkat ke Tawau Sabah menziarahi adik di sana. Penerbangan Air Asia dari LCCT selama dua jam 50 minit itu agak membosankan kerana hanya kegelapan malam yang bertamu di jendela pesawat. Kami selamat tiba kira-kira pukul 9.10 malam dan disambut oleh adik saya, Abdullah Sani yang memang tinggal di sana.
Singgah di rumah Munir di Putrajaya sebelum ke LCCT

Anak-anak teruja menaiki pesawat buat kali pertama


Kami disambut oleh adik dan keluarganya sebaik mendarat di Tawau

Perkampungan Indrasabah pada pukul 6 pagi.

berlatarbelakang pos kawalan tentera di pesisir pantai Tawau

Pasar Tawau yang menjual pelbagai barangan

Daging rusa atau payau memang popular di sini

Laut Celebes memisahkan Malaysia dan Indonesia

Perkampungan air di Kampung Tanjung Batu Laut

Menghilangkan tekanan di Jeram Balung

Kami di bagan Kunak, tempat pemunggahan ikan

Haji Basri, bapa mertua adik saya amat ramah orangnya

Air Terjun Madai segar dan penuh misteri

Detik sebelum meninggalkan bumi Tawau

Selamat tinggal Tawau

Wednesday, November 13, 2013

MSN Mencari Bakat di SMK Batu Sepuluh, Lekir

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pelatih judo putera

Pelatih judo puteri

Latihan regangan

Jurulatih MSN mengajar cara jatuhan yang betul

Latihan asas angkat berat
Pelatih tinju mendapat bimbingan asas

En. Farabi wakil MSN diberikan cendera hati

Majlis Sukan Negeri Perak (MSNP) telah mengadakan usaha sama dengan sekolah untuk mencari bakat baru dalam sukan tinju, judo dan angkat berat pada 13 hb November 2013, Rabu pada 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Program ini berjaya mendapat sambutan daripada hampir 60 orang peserta yang berminat untuk mendalami kemahiran asas tinju, judo dan angkat berat. 

Program begini dapat mencungkil bakat pelajar dalam kalangan sekolah luar bandar. Diharapkan pada tahun hadapan, program ini dapat disusun mengikut jadual dan dijalankan dengan lebih terancang.

Wednesday, November 6, 2013

Konvoi Berbasikal SMK Segambut Singgah di Lekir!

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sebaik diberikan tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, saya menerima tugasan menyambut kedatangan konvoi berbasikal dari SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur pada Sabtu 2 November 2013. 

Konvoi Istana Ke Istana tersebut dipimpin pengetua, Haji Ahmad Kailani bin Abdul Jalil, yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah-sekolah Malaysia (MPSM). Saya teruja melihat kedatangan mereka dengan diiringi pasukan polis trafik, JPAM dan lori Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL). 

Haji Ahmad Kailani seorang yang ramah dan mudah berbicara. Orangnya sederhana dan meminati riadah berbasikal seperti saya juga. Haji Kailani menghargai sokongan kami menyediakan tempat persinggahan untuk mereka makan tengah hari dan solat Zohor. Saya diberikan cendera hati berupa buku pengalamannya berbasikal ke seluruh dunia termasuk ke China. 


Saya menyambut kedatangan Haji Kailani




Bertukar cendera hati

peserta makan tengah hari sebelum berkayuh lagi

Tuesday, October 22, 2013

Akhirnya Cikgu Hakim Tinggalkan SMKBS

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Tajuk entri kali ini bukanlah pelik. Cikgu Abdul Hakim bin Mohd Isa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berpindah tempat bertugas ke SMK Tok Perdana mulai Oktober 2013. Itulah lumrah bagi seorang penjawat awam, yang 'bersedia menurut perintah'.  
Beliau mula berkhidmat di SMKBS sejak Januari 1994, iaitu awal setahun daripada saya. Kami melalui pahit getir bersama sekolah ini yang ketika itu baru berusia setahun jagung. Antara guru lain ketika itu ialah Cikgu Roslina, Cikgu Samsuddin (arwah), Cikgu Amri, Ustaz Amin, Cikgu Basirah, Cikgu Zaidi, Cikgu Tan, Cikgu Suzanna, Cikgu Mustapa, dan beberapa orang lagi yang tak dapat ditulis di sini. Bermula dengan suasana sekolah yang dikelilingi hutan pokok gelam, kini sekolah sudah bertukar wajah, mempunyai asrama dengan kapasiti 300 orang dan dikelilingi kawasan perumahan. 
Pengalaman menarik pastilah ketika asrama mula-mula dibuka pada 2001. Saya menjadi Ketua Warden dan Cikgu Hakim sebaga Guru Kanan HEM. Kami mengalami masalah bekalan air yang tidak mencukupi, sehingga memaksa kami mendapatkan bantuan lori Lembaga Air Perak untuk membawa air. Seribu satu kisah yang dilalui untuk menjadikan SMKBS seperti hari ini. Tidak dapat dinafikan, Cikgu Hakim bersama-sama guru lain telah berjaya membawa sekolah ini ke tahap yang boleh dibanggakan. Tanpa kerjasama, kita tidak akan berjaya. 
Di bawah 8 orang pengetua, tentulah banyak pengalaman yang boleh digunakan beliau di tempat baru. Patah tumbuh, hilang berganti, kami harus menerima kehilangan cikgu Hakim dengan hati yang terbuka.
Selamat maju jaya, Kassim Asri!

PILIHAN RAYA NEGERI SABAH 2025

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sabah akan melaksanakan pembuangan u...