Monday, April 28, 2014

JMFR 2014 KEMBALI DAN SAYA BERJAYA MENAMATKAN KAYUHAN 120 KM.(update)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Bergambar sebelum berkayuh
Awal pagi 27 April 2014, saya sudah bersiap untuk ke kayuhan Jana Manjung Fellowship Ride di Teluk Rubiah, Lumut. Ia merupakan program tahunan mengumpulkan peminat basikal untuk bertemu dan bertukar pandangan. Manjung Cycling Team, pasukan amatur yang saya sertai menghantar hampir 20 orang peserta. 
Tidak sabar menunggu hon mula kayuhan
Sebaik tiba,  rakan rakan MCT sudah bersedia dengan basikal masing-masing.
"Jangan pecah grup, tapi sesiapa yang boleh 'tembak' (pecut), tembaklah.. Kalau pancit naik lori," Ketua MCT, Haji Zulkafle Kasiman memberi arahan.

Saya dan Zuraidi Ahmad, dari Slim River, rakan yang aktif berbasikal
Agak lewat daripada jadual, kami memulakan kayuhan pada 8.02 pagi. Hon kayuhan dibunyikan oleh Dato' Rashidi Ibrahim ADUN Pasir Panjang.  Perasaan diulit rasa bimbang, kalau-kalau saya tidak mampu teruskan kayuhan. Sejak awal kayuhan saya berzikir untuk kuatkan semangat.
Ya Allah, janganlah uji kayuhan ini dengan musibah untukku. Berikan aku kekuatan menamatkan kayuhan ini.
Perjalanan kami lancar dengan pemantauan dan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Marshall motosikal berkuasa tinggi.Seorang daripadanya Haji Estima, rakan MCT yang berpengalaman dalam 'event' seperti ini.

Bergambar sebaik tiba di garisan penamat

Bersama otai MCT, Haji Zul
Kami melalui Seri Manjung, hingga ke pelabuhan Lumut. Semasa melalui Jambatan Bainun yang menghubungkan Segari dan Kampung Acheh, cabaran dirasakan agak berat. Masuk kilometer ke-37, kekejangan otot kali pertama sudah menyerang tetapi saya teruskan kayuhan. 
Alhamdulillah, kami selamat tiba di Pantai Remis dan berehat 30 minit di Pangkalan Bharu pada 8.56 pagi.
Di situ saya berkesempatan bertemu rakan UPM dahulu,  Zuraidi Ahmad. Dialah yang memperkenalkan sukan berbasikal kepada saya. Peristiwa kami membeli basikal MTB di Bukit Beruntung pada 2012 masih segar dalam ingatan.
Usai berehat, perjalanan berikutnya melalui Batu Hampar dan Beruas, terus ke Ayer Tawar, Sitiawan, Seri Manjung dan tiba ke Teluk Rubiah pada pukul 11.55 pagi. Ada dua hentian untuk berehat iaitu di SMK Changkat Beruas dan Kg. Kota, tetapi saya nekad tidak menghentikan kayuhan. Jika berhenti ia akan menjejaskan rentak kayuhan. Apatah lagi melihat rakan-rakan MCT seperti Chor Misai dan Che Din masih bersemangat. Kami bergerak dalam peloton besar selepas WS3 dengan dikawal oleh kereta peronda polis. Sebaik tiba di Jalan Besar Ayer Tawar-Ipoh, peloton mula berpecah dan ada peserta yang membuat 'break away'.
Pingat bukti berjaya tamatkan kayuhan 120km
Sepanjang kayuhan saya berdoa Giant TcR tidak pancit. Syukurlah saya sampai juga tanpa perlu menaiki lori.Sebaik melepasi Pasar raya Aeon, paha dan betis mula diserang kejang semula. Ada ketikanya saya hanya berkayuh sebelah kaki. Mungkin disebabkan kurang persediaan kali ini, kekejangan kaki lebih kerap dan menyakitkan!
Kayuhan ini tiada ranking kerana ia berbentuk funride. Pasukan MCT mengekalkan rentak kayuhan 30-35kmj, dan kami berjaya menamatkan kayuhan tanpa sebarang musibah berat.
Terima kasih dan tahniah kepada semua warga MCT yang menyertai program JMFR 2014.  Insya Allah kita teruskan kayuhan JMFR 2015 tahun depan.

Sunday, March 23, 2014

Pertemuan Kembali Alumni 'Batch 1998' SMKBS

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

"Cikgu datang, tau.." Pesan seorang bekas pelajar saya, Ismail Sahizam ketika dia menghubungi saya. Dia menjemput saya sebagai wakil sekolah untuk hadir ke perjumpaan semula (reunion) rakan sekolah SPM tahun 1998.

Saya hadir ke tapak perjumpaan mereka di Teluk Batik Sabtu 22/3/2014 malam itu agak lewat atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Masing-masing sudah berkeluarga. Antaranya, ada yang masih saya kenal dan cam wajahnya. Ada juga yang saya tak dapat ingat, maklumlah, usia pun semakin menginjak tua.
Meriah majlis mereka kerana berjaya mengumpulkan hampir 30 orang bekas pelajar SMKBS. Antaranya, Boy (penyelaras), Ismail Sahizam, Zaki, Zaidi, Juzaidah, Azian, Amin, Syukri, Janatul, Siti, Farihan, Pak Itam (Yusrizal), Bagio, Hartini, Khalid, Azlina, Shahrizal, Pa'er, dan ramai lagi yang tak dapat saya senaraikan. 

Tahniah kepada anda yang berjaya membuat 'reunion' ini. Ingatlah, ketepikan perbezaan pangkat dan kedudukan masing-masing kerana majlis sebegini dapat mengimbau kenangan lama yang terpahat dalam memori masing-masing.











Tuesday, February 18, 2014

Derita Duda Lumpuh (UPDATE)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.



Benarlah kata orang, hidup umpama roda. Kekadang di atas, ada kalanya di bawah. Saya coretkan kisah sedih En. Rosli, bapa pelajar saya yang lumpuh separuh badan. Hidupnya bertambah sengsara apabila isterinya meninggal dunia akibat barah 2 tahun lalu.

Kehidupannya di Kampung Desa PEMARAK Kayan amat sederhana. Mujurlah rumah yang didiaminya sekarang hasil sumbangan FELCRA Berhad. Jauh lebih baik daripada rumah lamanya yang sangat uzur. Dengan elaun FELCRA sebanyak RM200 sebulan, dia boleh menyara hidup bersama tiga orang anaknya. Seorang anak perempuannya tinggal bersama nenek di kampung berdekatan, manakala anak lelakinya Rafizi, 13 tahun, menjaga ayah dan adiknya yang berusia hampir tiga tahun.

En. Rosli semasa sihatnya melakukan kerja seperti pemandu lori dan menggali liang. Sejak diserang angin ahmar hujung tahun 2013, segala-galanya menjadi amat terhad untuknya.
“Saya duduk di rumah sahajalah, cikgu. Kadang-kadang kalau rimas, Rafizi akan tolak saya dengan kerusi roda di halaman rumah,” katanya semasa saya mengunjunginya.
 
En. Rosli menerima sumbangan keperluan dapur


Dapur dan ruang tamu berkongsi ruang di rumah kecil ini

Syukurlah ada rakan- rakan guru telah memberikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan. Malahan, seorang sahabat kelab rekreasi basikal saya, En. Shaharudin Abdul Malek turut ikut serta menyampaikan sumbangan berupa wang dan keperluan dapur untuk kegunaan beliau.
“Siapa masak?,” saya bertanya tentang makanannya.
“Selalu beli sahajalah, cikgu. Tak boleh masak sendiri. Tapi dah ada (sumbangan) ni, boleh minta jiran sebelah masakkan.” Katanya dengan nada sayu.
Dia masih berharap untuk pulih seperti sedia kala. 
Moga-moga Allah berikan kekuatan untuknya. 
En. Rosli telah kembali ke rahmatullah setelah hampir dua bulan saya melawatnya. Alfatihah untuk arwah.
 

Wednesday, January 22, 2014

Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.










Thursday, January 2, 2014

Budaya Biadab Semakin Menular

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Hari pertama persekolahan sesi 2014 agak mencabar. Perhimpunan rasmi dipendekkan kepada perkara penting sahaja, manakala  pembahagian murid tingkatan 1 ke kelas masing-masing dibuat sebaik sahaja perhimpunan selesai. Kami cuba sedaya upaya memberi keselesaan kepada pelanggan utama, iaitu para pelajar dan ibu bapa. 
Barangkali, ujian untuk saya pada hari pertama persekolahan, saya didatangi seorang bapa yang tidak berpuas hati kerana anaknya tidak mendapat tawaran asrama. 
Tubuh pendek dan kepala botaknya seakan seiring dengan sikap biadabnya apabila menuduh saya membuat janji yang bukan-bukan. Hakikatnya, tempat di asrama amat terhad dan kami terpaksa mengutamakan pelajar dari Rancangan Khas Daerah sebelum diberikan ruang kepada pelajar yang merayu. 
"Saya nak tukarkan anak saya. Lain kali jangan cakap dolak dalih. Usah berjanji kalau tak boleh tepati." kata-katanya menusuk hati, tetapi saya redha menerimanya sebab ini ujian untuk saya. 

Ya Allah, ampunkan aku jika tidak berlaku adil.

Wednesday, December 11, 2013

Pantai Timur Sabah Penuh Keterujaan

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pada 16 November 2013, kami sekeluarga berangkat ke Tawau Sabah menziarahi adik di sana. Penerbangan Air Asia dari LCCT selama dua jam 50 minit itu agak membosankan kerana hanya kegelapan malam yang bertamu di jendela pesawat. Kami selamat tiba kira-kira pukul 9.10 malam dan disambut oleh adik saya, Abdullah Sani yang memang tinggal di sana.
Singgah di rumah Munir di Putrajaya sebelum ke LCCT

Anak-anak teruja menaiki pesawat buat kali pertama


Kami disambut oleh adik dan keluarganya sebaik mendarat di Tawau

Perkampungan Indrasabah pada pukul 6 pagi.

berlatarbelakang pos kawalan tentera di pesisir pantai Tawau

Pasar Tawau yang menjual pelbagai barangan

Daging rusa atau payau memang popular di sini

Laut Celebes memisahkan Malaysia dan Indonesia

Perkampungan air di Kampung Tanjung Batu Laut

Menghilangkan tekanan di Jeram Balung

Kami di bagan Kunak, tempat pemunggahan ikan

Haji Basri, bapa mertua adik saya amat ramah orangnya

Air Terjun Madai segar dan penuh misteri

Detik sebelum meninggalkan bumi Tawau

Selamat tinggal Tawau

Wednesday, November 13, 2013

MSN Mencari Bakat di SMK Batu Sepuluh, Lekir

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pelatih judo putera

Pelatih judo puteri

Latihan regangan

Jurulatih MSN mengajar cara jatuhan yang betul

Latihan asas angkat berat
Pelatih tinju mendapat bimbingan asas

En. Farabi wakil MSN diberikan cendera hati

Majlis Sukan Negeri Perak (MSNP) telah mengadakan usaha sama dengan sekolah untuk mencari bakat baru dalam sukan tinju, judo dan angkat berat pada 13 hb November 2013, Rabu pada 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Program ini berjaya mendapat sambutan daripada hampir 60 orang peserta yang berminat untuk mendalami kemahiran asas tinju, judo dan angkat berat. 

Program begini dapat mencungkil bakat pelajar dalam kalangan sekolah luar bandar. Diharapkan pada tahun hadapan, program ini dapat disusun mengikut jadual dan dijalankan dengan lebih terancang.

PILIHAN RAYA NEGERI SABAH 2025

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sabah akan melaksanakan pembuangan u...