Tuesday, October 6, 2009

Musibah Gempa Yang Lebih Hebat?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Menurut BERNAMA, satu laporan daripada Pusat Kajian Gempa Indonesia dan Singapura mengesahkan bahawa satu gempa bumi berukuran 8.8 Skala Richter dijangka melanda Padang atau sekitar Pulau Sumatera dalam tempoh terdekat.

Gempa bumi 8.8 SR masih ancam Padang(dipetik daripada Mstar.online)

JAKARTA: Ketika Sumatera Barat masih berduka dilanda gempa bumi 7.6 skala Richter (SR) yang mengorbankan lebih 600 orang dan ratusan lain hilang setakat tengah hari ini, Indonesia dikejutkan dengan kemungkinan gempa lebih besar melebihi 8.0 SR akan berlaku.
Biarpun pakar-pakar membuat ulasan, baik diakhbar mahupun televisyen, mengakui tidak ada siapapun mahupun teknologi yang dapat meramalkan tarikh tepatnya, namun mereka berpendapat gempa itu akan lebih dahsyat seperti tsunami pada Disember 2004, yang mengorbankan lebih 200,000 orang di beberapa negara.
Pakar geologi dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) Danny Hilman Natawidjaja berkata tekanan telah membentuk garis tekanan di sekitar wilayah Padang selama rangkaian gempa dalam beberapa tahun terakhir.
"Gempa berukuran 7.6 SR pada 5.16 petang Rabu lepas yang menggoncang Padang bukan termasuk "skala besar". Itu bukan gempa yang sering kita perbincangkan bakal terjadi, yakni gempa dahsyat lebih dari 8 SR yang memicu tsunami," katanya dalam kenyataan LIPI.
Danny dalam penyelidikannya di luar pantai Sumatera selama 12 tahun bersama rakan penyelidiknya Prof Kerry Sieh dari Nanyang Technology University (NTU), Singapura, yakin bahwa akumulasi tekanan dapat mengakibatkan gempa 8.8 SR dan kekuatan gempa itu adalah kira-kira 30 kali lebih besar berbanding gempa Rabu lepas.
"Secara ilmiah, saya boleh katakan gempa yang dahsyat itu mungkin berlaku esok, lusa, bulan depan, atau mungkin tahun depan. Paling tidak, itu akan terjadi dalam 10 tahun akan datang," katanya.
"Secara pribadi, saya khuatir jika gempa tersebut terjadi dalam beberapa bulan atau tahun akan datang. Tapi, sebagai ilmuwan, kami sering terkejut oleh fenomena alam," tambahnya.
Pada 2004, gempa berkekuatan 9.15 SR yang berpusat sekitar 600km ke utara Padang memicu gelombang tsunami mengakibat lebih 200,000 orang terkorban di negara-negara pesisir Lautan Hindi, dengan yang paling teruk ialah di Aceh, Indonesia.
Danny berkata gempa berkekuatan 8.8 SR akan mengakibatkan gelombang tsunami setinggi 410 meter melanda Padang yang mempunyai penduduk kira-kira 4.4 juta orang dan telah mengalami beberapa kali gempa berskala besar sejak kebelakangan ini. BERNAMA

Cuba bayangkan, gempa yang ada pun sudah membawa pelbagai kesukaran dan kehilangan nyawa, apatah lagi jika gempa yang lebih kuat melanda, tentulah bukan sedikit ancamannya. Marilah kita memohon kepada tuan punya bumi, agar tidak membiarkan ini berlaku. Bukankah Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang? Sekurang-kurangnya, doa dan permohonan kita akan mengurangkan tekanan kepada mereka yang menderita.


Ingatlah. Tuan Punya Bumi dan Langit ini Maha Kuat, dan boleh menguji kita, biarpun Malaysia yang kita sayang ini tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik. Dia boleh, malah mampu untuk berbuat apa sahaja kerana sikap kita sendiri yang sering lupa dan menidakkan keesaan terhadapnya.





6 comments:

  1. dan yong
    surat khbor berita harian hari ini....
    helikoptr yg hantat bantuan di ' sergah ' padang...

    macamana tu
    menolong anjing tersepit ke..
    kita bersangka baik semuga dipermudahakanNya segala urusan.

    ReplyDelete
  2. Salam sdr. Brahim

    Kesiahan... musibah menimpa tidak habis-habis. Allah Maha Tahu tentang apa yang ditakdirkan.

    Apakah kerana siLebai yang ramai tidak pedulikan kedurjanaan dan maksiat di sana?

    ReplyDelete
  3. Bro Jinggo, teman baca, dan ati pun paneh gak.

    Ada ke patut pesawat TUDM dibaling batu?

    Gile kot..?

    ReplyDelete
  4. Pakdin, kita je yang kesian, tapi rakyat mereka di Pulau Jawa, asyik menghentam negara kita.

    Balik-balik isu tarian pendet, macamlah kita 'kebuloq' sangat kat tarian warisan HIndu-Buddha tu..


    Tapi saya benar-benar tersentuh dengan apa yang berlaku di Padang. Kalau berlaku lagi gempa, entahlah...

    Moga Allah tidak benarkan ramalan itu berlaku.

    ReplyDelete
  5. Anjang,

    Nampaknya Indons memang pecaya benda-benda khurafat ni..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...