Saturday, October 24, 2009

Kami Berjaya Mengemas Bilik Guru


Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sekalung penghargaan kepada semua yang menjayakan Gotong Royong Mengemas Bilik Guru.


Keterangan foto : Latar-Ustazah Faridah dibantu pelajar asrama memindahkan barang. 
(Ikut arah jam)-Keadaan bilik guru yang bagai diserang garuda ketika operasi pemunggahan; Pelajar asrama turut membantu memasang langsir;Senyuman Cikgu Shamsul, kaunselor kami yang ringan tulang.
 

Program Gotong Royong berjaya mengubah keadaan Bilik Guru. Bagaimanapun, pelan asal terpaksa diubah untuk disesuaikan dengan saiz dan ruang yang terhad.

Kesuntukan masa menyebabkan urusan mengubah suai kedudukan meja guru ditunda pada minggu hadapan. Biarpun penat, ia sesuatu yang berbaloi.  Yang pasti, aktiviti KGKT kali ini berjaya menyusun bilik guru yang kali terakhir disusun pada 2001.




Keterangan foto (Ikut arah jam): Latar- Sebahagian daripada pekerja dan pelajar yang turut sama membantu gotong royong kali ini. Pengerusi Kelab guru, Cikgu Nazeem tersenyum lebar kerana program berjaya mencapai sasaran. Guru-guru lelaki sedang menikmati jamuan tengah hari. Sebahagian daripada guru wanita yang hadir menyumbang tenaga.

Kesimpulannya, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Seikat bagai lidi, serumpun bagai serai.  Jika bersatu, semua yang dirancang boleh dijayakan.


Kepada rakan yang tidak hadir, pasti mereka akan terkejut melihat perubahan yang berlaku. Tapi jika ada barang anda yang 'hilang', ia mungkin tersalah letak..

10 comments:

  1. belum habis tahun dah gotong-royong bersih bilik guru.... takutnya buka tahun depan ke gotong-royong sekali lagi.... hehehe

    ReplyDelete
  2. yop
    ada yg ponteng ke...
    he...he...

    ReplyDelete
  3. syabas dan tahniah, Bila le turn aku pulak, kita lihat siapa yang kena

    ReplyDelete
  4. Shifu,

    Kami jarang sangat kemas bilik guru, memadai membersihkannya.

    Peh ni, entah bila pulak lah nak bergotong royongnya...

    ReplyDelete
  5. Bro Jinggo, ada jugak yg monteng, jenis hard core, atau mungkin ada urusan yg tak dpt dielak agaknya..

    PAS buat EGM ala MCA ker, Bro?


    Anjang,

    Mike kena sinsing lengan kalu gotong royong..
    Ate, idak ngemeh ker?

    ReplyDelete
  6. Bro Jinggo, ada jugak yg monteng, jenis hard core, atau mungkin ada urusan yg tak dpt dielak agaknya..

    PAS buat EGM ala MCA ker, Bro?


    Anjang,

    Mike kena sinsing lengan kalu gotong royong..
    Ate, idak ngemeh ker?

    ReplyDelete
  7. Bro Jinggo, ada jugak yg monteng, jenis hard core, atau mungkin ada urusan yg tak dpt dielak agaknya..

    PAS buat EGM ala MCA ker, Bro?


    Anjang,

    Mike kena sinsing lengan kalu gotong royong..
    Ate, idak ngemeh ker?

    ReplyDelete
  8. Gotong royong amalan yang sewajarnya dikekalkan sebagai budaya hidup. Ramai yang datang tapi asyik tengok aje.

    ReplyDelete
  9. Aku sampai bersin2 semalam. Apapun, tahniah untuk kita semua atas kejayaan bersama mengemas struktur asal bilik guru kita tu.

    Esok (isnin) tunggu je la cikgu mana yang hot temper.. kehkehkeh.. jangan2 ada yg MC kot.. tak tahan nak dengar gaduh2 kat skolah.. kekeke..:-p

    Aku buat tatau je.. dah nak habis kontrak pun..:-)

    ReplyDelete
  10. Pokli,

    mujur masa kami gotong royong, tak nampak kelibat yg jadi 'mandur'.. Hampir semuanya beri kerjasama.

    AGLAGN,

    Alahai, mana mungkin dapat puaskan hati semua.. Tapi kita dah kemas seperti yg dirancang.

    Sedih gak nak abis kontrak, ada rezeki kita jumpa lagi, tapi jgn putus hubungan. Blog hang tu mesti update..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...