Tuesday, October 20, 2009

Ngeri Membaca Berita Jenayah Di Malaysia..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Tiga orang lelaki yang meraikan Deepavali, mati ditetak setelah mereka menegur Mat Motor yang membuat bising dengan jentera motor mereka.

Sebelum ini, kita ada membaca kisah Ali Mamak yang menetak isteri dan abang iparnya.

Minggu lalu, ada berita tentang kisah wanita tua yang dibunuh kejam dalam baldi oleh cucunya yang juga penagih dadah.

Di Metro Ahad 18 Oktober, beberapa keping foto yang menunjukkan bayi tidak berdosa akibat hubungan luar nikah menyentuh hati. Ada yang hidup, tapi banyak yang mati. Mereka tidak sempat merasai kenikmatan hidup di dunia. 

Saya menarik nafas dan menghela dalam-dalam. Di benak saya, rasanya kadar jenayah dan bentuk kekejaman yang dilakukan oleh 'orang jahat' semakin bertambah.

Saya optimis pihak polis masih mampu mengawal keselamatan negara. Tapi ironinya, semakin banyak kes jenayah yang kejam berlaku di negara kita akhir-akhir ini. Perasankah anda?

Saya ngeri membaca berita sebegini.

7 comments:

  1. Memang ngeri dan menakutkan. Kalau ikutkan hati yang takut, rasa nak duduk di rumah dan tak nak keluar. Di luar sana, macam2 jenis manusia ada. Silap2 kita jadi mangsa. Minta Allah jauhkan.

    ReplyDelete
  2. memang jenayah merata-rata, takut kadang mendengarnya, esok saya akan keluarkan satu entry tentang kumpulan jenayah yang amat kejam di malaysia. nantikan ye

    ReplyDelete
  3. Kak Tirana,

    Nilai masyarakat kita semakin terhakis. Budaya samseng dan biadab membarah, subur dan jika tak dibendung, apa nasib anak-anak zaman akan datang?

    ReplyDelete
  4. Xiiinam,

    Insya-Allah, Malaysia aman berbanding negara yang ditimpa bencana, tapi selamanyakah kita akan aman?

    Masyarakat kita sakit sebenarnya. Sakit kerana gagal memahami erti nilai kemanusiaan.

    ReplyDelete
  5. Anjang, sebentar tadi saya diingatkan Ketua agar berhati-hati dalam penulisan di blog, dia bimbang disalahertikan.

    Saya kira blog adalah saluran menyampaikan pendapat secara telus.

    Tapi tak semua orang berfikir begitu. Kan?

    ReplyDelete
  6. Seringkali sangat saya merasakan negeri sendiri tidak selamat lagi.

    Seringkali juga saya renungkan kalau-kalau perkara yang tuan blog sebutkan di sini betul2 berlaku ke atas keluarga saya.

    Saya reda kalau berlaku kat diri sendiri, tapi saya tak sanggup kalau ia mengena org2 yg saya sayang.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...