Monday, January 25, 2010

Apa Yang Anda Takut Semasa Kecil Dahulu?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Tangan si kecil saya berdepan ayam belanda

Saya sering kali membawa anak bongsu menaiki motosikal meronda di sekitar kawasan kejiranan.  Motor pusaka arwah ayah yang masih boleh berbakti sering saya tunggang bersama anak-anak. Si bongsu saya, amat takut melihat seekor ayam belanda  yang ada di laluan ke surau. Ayam belanda itu pula manja tetapi mukanya agak hodoh. Barangkali, itu yang menyebabkan anak kecil saya sedikit takut. Tetapi setelah melepasi ayam tersebut, dia merengek untuk melihat semula ayam belanda itu.Itulah yang selalu dimintanya saban petang. Adakala sempat saya membawanya melihat ayam tersebut, adakala sebaliknya.

Semasa kecil dahulu, saya mempunyai rasa takut terhadap seorang lelaki tua yang tinggi lampai. tinggal di sebelah rumah kami. Mungkin kerana susuknya yang tinggi itu, dia dipanggil "Pak Mat Hantu Raya". Dia tinggal bersendirian ditemani anak saudara. Kononnya dia pernah menikah tetapi selepas bercerai muda, dia langsung tidak kahwin-kahwin. Perasaan takut saya terhadapnya semakin hilang apabila saya meningkat remaja. Ada juga orang kata, dia memang membela hantu raya. Tapi kami yang berjiran dengannya tak pernah mengalami peristiwa pelik atau terserempak hantu belaannya.

Kesimpulannya, setiap orang pasti ada ketakutan terhadap sesuatu semasa kecilnya.. Anda bagaimana?

10 comments:

  1. Cikgu Izzudin,

    Kak tirana cukup takut dengan itik angsa yang nenek pelihara waktu kak tirana kecil dulu. Setiap kali nak pi rumah nenek mesti kecut perut sebab kak tirana pernah dikejar oleh angsa tersebut.

    ReplyDelete
  2. Takut kena rotan bila balik dekat2 nak maghrib kecik2 dulu hehehe.. biasalah kalau dah jumpa geng2 main baling selipar petang2 tuh mesti lupa diri hehehe ;)

    ReplyDelete
  3. Saya takut dengan rimau atas atap sebab bila nangis ma mesti ckp, diam diam nuh rimau tu atas atap nok kekoh!

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Tirana,

    Angsa pun saya takut jugak semasa kecil, sebab ia menyudu seolah-olah nak patuk, tapi saya lebih takut ibu ayam yang mengepak ketika melindungi anaknya.

    Salam Hans,
    Saya hanya geli pa, tapi cicak saya tak geli. Selalu lawan tangkap dgn adik-adik..

    Salam iina,
    Senja-senja dulu, mak mesti bising suruh balik, takut disorok 'hantu kopek'...;-)

    Salam Khairi,
    Ada ke rimau kat atap? Kakakaka.. Tapi saya dulu dimomok-momokkan Benggali roti suka potong kepala budak... Sian Bai roti tu, asal bunyi hon rotinya, mencanak kami lari masuk rumah... Takut..

    ReplyDelete
  5. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Di pekan BATU GAJAH, Aku dimomokkan dengan BOJEH!
    ( Seorang lelaki singh yang menaiki basikal dan membawa guni)
    Sebenarnya lelaki ini kerjanya membeli botol botol kicap untuk dikitar semula. Tapi oleh kerana kami ini AGAK nakal dan suka merayap di merata rata tempat maka mak beritahu Bojeh ini kerjanya memotong kepala kanak kanak dan memasukkan dalam guni itu.

    ngeh nge ngeh...DULU CUKUP TERJERIT JERIT ketakutan bila nampak BOJEH!

    ReplyDelete
  7. heheheh.. dolu2 maza cukup takut dengan kapal terbang yg melintas di angkasa.. heheh

    siap berlari2 mencari tempat perlindungan lagi tu... mcm org lari dari dipatuk oleh garuda.. hehhehe

    ReplyDelete
  8. cikgu...sayer takut ayah sayer...hehehe

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...