Monday, January 18, 2010

Fitnah Di Hati

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Fitnah di hati
 
Bukan mudah dan senang untuk menghindarinya. Mujahadah yang tinggi diperlukan bagi menghapuskannya dari jiwa. Terkadang diri dibuai impian dan angan yang menggunung, namun sedarlah diri. Di mana kaki berpijak, di mana segala urusan qada' qadar telah ditentukan oleh Allah yang Maha Berkuasa.

"Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan hawa nafsunya." Sabda Rasulullah S.A.W.

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan." Surah Al-Baqarah: 191


Di antara penyebab terjerumusnya seseorang ke dalam fitnah:
* Kesediaan hati menerimanya.
* Mendahulukan pendapat peribadi di atas hukum syarak.
* Menerima jawatan yang tidak mampu dilaksanakan.
* Sibuk berbicara tanpa bekerja.

Di antara kesan fitnah:
* Membuat manusia lupa terhadap kebenaran yang sebenarnya.
* Menipiskan agama.
* Menghilangkan akal.
* Tidak mendengar nasihat.

Di antara penyelamat dari segala fitnah:
* Tidak menuntut hak dalam urusan dunia.
* Faham terhadap agama.
* Melepaskan diri dari fitnah dan sebab-sebabnya.
* Tidak memegang jawatan dalam fitnah.
* Berdoa agar terjaga dari kejahatannya.
* Hati mengingkari fitnah tersebut.
* Beramal soleh.
 Moga memberi manfaat kepada kita.

4 comments:

  1. fitnah
    kita tunggulah hujung bulan ni - pesta fitnah akan dipaparkan..
    aib orang akan dibuka dicari dihebahkan.....

    semuga Allah bersama orang yg difitnah..

    ReplyDelete
  2. Ya ke Bro Jinggo? Alamak, siapakah mangsanya, dan siapa pula dalangnya?

    Bimbang dgn fitnah akhit zaman ni, dh makin ta terkawal. Masyarakat pula lebih suka berita yg menipu drp yg benar..

    Terima sembrono, akhirnya disebarkan...Jadilah fitnah.

    ReplyDelete
  3. Jawatan....ea..mmg banyak fitnah dan kadangkala org menanggap baik akan fitnah..huhu

    ReplyDelete
  4. fitnah dan hasutan menjadi mainan hidup. tak risau dosa terlingkup. kepentingan diri dan pribadi diutsma. doasa pahala kemudian kira.... itulah kehidupan sebilangan kita hari ini... nauzubillah..!

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

LAWATAN SANTAI KAMPUNG TERSUSUN BATU 11 LEKIR KE PANTAI TIMUR

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pada 31 Oktober 2024, jam 11 malam, ...