Thursday, February 25, 2010

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


MELAKA: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mendapat hadiah paling istimewa sempena Tahun Baru Cina kali ini, apabila bayi yang dilahirkan bekas tunang beliau pada Isnin lalu sudah mendapat sijil kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Lebih menceriakan mereka, nama bayi yang dilahirkan oleh Soh Cher Wei, Teh Er Jia, adalah sempena nama keluarga mendiang manakala Beng Hock pula dinyatakan sebagai bapa bayi berkenaan.

Adik perempuan mendiang, Lee Lan mengakui kejayaan mereka memperoleh sijil kelahiran berkenaan adalah hasil bantuan dan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini berjanji membantu menyelesaikan isu mendapatkan dokumen penting itu.

Beliau turut mengaitkan kejayaan itu berkat daripada kerjasama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien selain Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail serta Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dr Ow Ei Sun dan Pegawai Khas Hishammuddin, Datuk Lau Yeng Peng.

"Saya menerima panggilan daripada Lau sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang memaklumkan isu mengenai sijil kelahiran bayi Soh sudah selesai. Katanya, kerajaan sudah bersetuju membenarkan bayi itu menggunakan nama keluarga mendiang dan sekali gus meletakkan nama Beng Hock sebagai bapanya.

Pada pendapat saya, hal ini dapat dibuat kerana campur tangan politik, khususnya kuasa Menteri Dalam Negeri. Kebiasaannya, nama bapa tidak akan diisi pada sijil lahir anak luar nikah.

2 comments:

  1. Cikgu Izzudin..

    Entah-entah diorang ada saham yang menyebabkan kematian Beng Hock, itu yang beria-ia menolong kot..Susahnya nak bersangka baik bila mereka bermain dengan politik kotor.

    ReplyDelete
  2. inilah yang dikatakan an insult to intelligent.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

TUN DAIM YANG DERMAWAN

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Tun Daim Zainuddin, mantan menteri k...