Wednesday, February 10, 2010

Ya Allah, Jauhkanlah Azab-Mu Dari Bumi Ini..

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Acap kali kita membaca kisah pembuangan anak oleh golongan manusia berhati binatang. Malah, mungkin lebih buruk lagi daripada binatang, kerana naluri haiwan pun ada rasa sayang pada anak.
Kisah pembuangan mayat bayi berlaku lagi. Apakah kita hanya perlu berdoa agar Allah mengampunkan dosa kita membiarkan gejala pembuangan anak ini berlaku. 

Tahukah anda, apakah yang ada di dalam kepala saya? Kekadang, saya mempunyai keinginan untuk menembak atau memancung kepala betina jalang dan jantan sundal yang suka berzina dan membuang anak merata-rata.

Mungkin agak emosional, tapi saya sedih, sedih sangat dengan nilai nyawa anak-anak yang tidak berdosa ini.

Mayat bayi perempuan ditinggalkan depan masjid

MELAKA: Mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di hadapan pintu pagar Masjid Permatang Duyong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman, berkata bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibaluti dengan kain putih tetapi badannya kemerahan dipercayai digigit semut.

"Mayat bayi berkenaan disedari ditinggalkan di situ oleh jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat subuh," katanya ketika dihubungi di sini.

Salehhudin berkata, penemuan mayat bayi itu dilaporkan kepada polis oleh bilal masjid itu, Mohamad Abu.

Beliau berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Melaka di sini untuk bedah siasat.

Katanya, polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
- Bernama

2 comments:

  1. hukhuk...betul tu bang~sedih sgt2 dgn kes mcm ni...diorang tak sedar bahwa bayi yg diorang buang tu free masuk syurga,tapi diorang sendiri...seolah-olah menghumbankan diri ke dalam neraka!!

    ReplyDelete
  2. Kalu bukan Islam kita tak pelik, tapi kalu Melayu Islam tapi Islam letak kat kaki tu la jadinya..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

TUN DAIM YANG DERMAWAN

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Tun Daim Zainuddin, mantan menteri k...