Tuesday, April 6, 2010

Berani Bunuh Kawan Sendiri..

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

rakannya tidak 'memecahkan tembelang mereka'. Kejadian berlaku di sebuah kedai emas di Plaza OUG di sini.

Sebelum itu, perompak malang itu cedera parah selepas ditembak oleh seorang pengawal keselamatan kedai barang kemas terbabit dalam insiden pada pukul 2.45 petang itu.

Mereka menyerbu masuk ke kedai barangan kemas itu yang terletak di aras bawah kompleks membeli-belah terbabit sebelum berdepan dengan salah seorang pengawal keselamatan yang duduk di hadapan kedai itu.
Mereka merampas pump-gun milik pengawal terbabit sebelum mengarahkan para pekerja mengangkat beberapa dulang berisi barangan kemas ke dalam beg plastik yang dibawa mereka.
Pada ketika itu, terdapat empat orang pekerja di dalam kedai berkenaan.
Bagaimanapun, penjenayah terbabit tidak menyedari terdapat seorang lagi pengawal keselamatan bersenjata di belakang cermin sehala di dalam kedai berkenaan yang memerhatikan gelagat mereka sebelum melepaskan tembakan tepat ke bahagian perut sebaik sahaja perompak terbabit mahu melarikan diri.
Penjenayah yang cedera itu kemudian tumbang tidak jauh dari kedai tersebut.
Sebaik melihat rakannya tumbang, penjenayah yang berada di depan berpatah balik sehingga menakutkan orang ramai sebelum melepaskan dua das tembakan kepada rakannya yang terbaring itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Sabtu Osman berkata, perompak yang menembak mati rakannya menghilangkan diri dengan sekurang-kurangnya lapan dulang barangan kemas.
“Penjenayah bersenjatakan Revolver .38 dan sangat berbahaya yang sanggup membunuh sesiapa sahaja termasuk rakannya.
“Siasatan awal mendapati perompak yang mati berusia 34 tahun dan memiliki dua rekod jenayah lampau iaitu samun bersenjata dan penyalahgunaan dadah," jelasnya.

3 comments:

  1. Orang sanggup lakukan apa saja untuk menjamin keselamatan nya, walaupun dengan mengorbankan sahabat sendiri.

    ReplyDelete
  2. Pandangan peribadi..

    Satu sudut lain
    :: Kewajarannya ada terhadap perlakuan menembak rakannya itu demi matlamat kumpulan. Berkemungkinan menyelamatkan rakannya yang tercedera mengakibatkan matlamat kumpulan tidak tercapai.
    :: Apa-apa pun tindakan merompak itu adalah tidak bersesuaian dengan norma kehidupan...

    ReplyDelete
  3. Indiem, begitulah manusia yang dh tersepit.. Apa yg difikirkan wajar, sebenarnya menyalahi norma kemanusiaan..

    Lan, makaseh singgah.. Setuju pendapat tu..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...