Saturday, April 24, 2010

Hakim Sama Hakim Pun Bergaduh?

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Menurut Berita Harian, seorang hakim pengsan akibat ditumbuk dalam satu pergaduhan melibatkan beliau dan suami rakan setugasnya. 

Dalam kejadian di sebuah Mahkamah Sesyen di Butterwoth, hakim itu pengsan selepas ditumbuk pada muka oleh suami seorang hakim mahkamah sama di lobi bangunan itu, kelmarin.


Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu ditumbuk suami hakim berkenaan selepas dikatakan berlaku perselisihan faham ketika mahu menjemput isterinya, kira-kira jam 5.30 petang. “Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa ditumbuk dan pengsan. Hakim terbabit kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya oleh kakitangan mahkamah,” katanya.

Hakim itu dibenarkan keluar hospital pada hari sama selepas mendapatkan rawatan dan kemudian membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

“Hakim berkenaan mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan keluar beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital. Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Difahamkan kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham antara hakim wanita berusia 30-an dan mangsa sebelum kejadian, yang membabitkan seorang jurubahasa.

“Sebelum kejadian, mangsa meminta jurubahasa hakim wanita itu menghadiri kes yang dikendalikannya kerana jurubahasanya cuti sakit tetapi jurubahasa terbabit tidak dapat berbuat demikian kerana mempunyai tugas sendiri di mahkamah hakim wanita berkenaan.

Rupanya kes berebut jurubahasa, menyebabkan nama hakim tercemar..
 

5 comments:

  1. padan muka hahahaha

    ReplyDelete
  2. setiap manusia mempunyai kelemahan sendiri...kita tidak tahu apa cerita sebenarnya disebalik peristiwa tersebut, oleh itu sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Tapi yang saya tak faham kenapa Hakim yang disalahkan, padahal yang membuat onar adalah suaminya. Yang mana suami itu merupakan orang asing yang menjadi peneman dalam kehidupannya. Adakah Hakim tersebut harus menanggung akibat dari perbuatan suaminya itu? Adakah Hakim tersebut tahu yang suaminya itu akan membuat tindakan tersebut? Ini tidak adil. Suami yang baik dan beriman suami disanjung tapi suami begitu.............entahlah.

    ReplyDelete
  4. Padan muka?? apa punya orang tu? suka tengok penderitaan orang lain?? entah2 penjenayah kot yang pernah kena hukum....

    simpati pada Hakim tersebut. semoga semuanya akan kembali seperti biasa.. aminn..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...