Tuesday, May 4, 2010

Kematian Remaja Ditembak Polis-Satu Pandangan

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Rakan mangsa membuka mulut setelah lama melarikan diri.
 
Kematian seorang remaja ditembak mati akibat tindakan polis melepaskan tembakan kepadanya amat menyedihkan.  Perkara yang berlaku juga amat memalukan, malah menimbulkan pandangan negatif terhadap PDRM. 
Tetapi lebih malang lagi puncanya apabila anak remaja dibiar lepas bebas berkeliaran waktu malam. Tindakan polis yang bertindak semberono menjejaskan PDRM, dan menyebabkan masyarakat prejudis terhadap anggota keselamatan. Saya percaya majoriti polis masih rasional dan yakin PDRM mampu menjaga keselamatan negara.
 
Soalnya kini, peristiwa ini semakin dipolitikkan. Akhirnya kebenaran akan dibayangi kepalsuan yang dicipta untuk kepentingan pihak tertentu. 

1 comment:

  1. bagi pendapat saya
    mak bapak sekarang harus dipersalahkan
    adakah patut membenarkan anak keluar malam sebegitu rupa
    sudahlah lesen tidak ada
    bagi saya
    benda nih salah kedua2 pihak
    entahlah
    susah nak cakap
    ada info kata budak tu bawa kereta melulu
    ada info cakap polis tu lepaskan tembakan berpuluh2 das
    entah
    cuma senang cakap jika mak ayah pandai jaga anak pasti perkara macam nih xberlaku

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...