Friday, August 20, 2010

Jenayah Buang Bayi dan Zina Saling Berkaitan

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan itu dijalankan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun.

“Biasanya gadis yang sudah berzina dengan pasangan akan mengandung dan kemudian mengambil keputusan membuang bayi yang dilahirkan bagi mengelakkan rasa malu atau diketahui keluarga.

“Perzinaan yang berlaku akan menyebabkan terhasilnya anak luar nikah. Jadi, saya menyokong kenyataan bahawa kes-kes buang bayi yang semakin banyak sekarang ini adalah berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah,”

Sudah terang lagi bersuluh, segala 'pintu maksiat' dan ruang untuk zina harus dikunci bagi mengelakkan gejala zaman Jahiliah ini berterusan. Moga Allah mengampuni kita.

1 comment:

  1. semalam yop join kerajaan Selangor - Program Jauhi Zina..sepatah perkataan yg melekat....

    kita sorot 9 - 10 dahulu seblum terjadi kes buang baby ni.2 peristiwa besar.
    meraya tahun baru
    hari kekasih..................

    sebab itu lah macam bermusim sekarang.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...