Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Saya salin semula kisah pengalaman Esa Adam
Keadaan selepas pilihanraya pada tahun 1969 itu sangat tegang. Aku pada
masa itu menuntut jurusan statisik di Jalan Othman Petaling Jaya. Pak
Arshadlah yang banyak membawa anak2 Melayu dari Kampong belajar dalam
jurusan2 yang asing bagi anak Melayu ketika itu seperti statistik,
actuary, business, plantation, banking dll.
Pada 12hb Mei orang2 cina
menaiki lori2 kecil pergi ke kampong2 Melayu disekitar PJ dan KL
menghalau kami semua balik kampong. Di belakang Maktab Mara adalah
Kawasan Melayu. Jadi mereka ini lalu-lalang di hadapan Maktab Mara
kerana mereka tahu Maktab Mara pelajarnya adalah Melayu. Mereka tidak
hormat langsung kat orang Melayu ketika itu. Mereka seolah sudah dirasuk
dan akan perintah Selangor pada ketika itu. Bendera2 roket dikibar.
Pada petang 13hb Mei kami semua dibawa ke Kampong Baru (tak tahu
arahan siapa). Dengan hanya berbekal buku2 sahaja, kerana kami
sepatutnya balik ke hostel di seksyen 17 Petaling Jaya. Yang peliknya
Driver bawa parang.
Bas bertolak hampir senja melalui Jalan Travers. Kami ditahan Polis di
Jalan Travers dan disuruh patah balik. Tapi kami ramai2 bertekad
meneruskan perjalanan ke Kampong Baru. Kami melalui Jalan Tunku Abdul
Rahman dan melintasi Chow Kit lepas senja.
Waktu itu aku lihat orang2
China bawa galah meyerbu ke bas kami. Dalam hati habislah. Teringat mak
bapak di kampung. Driver memberanikan diri memecut bas ke round about
Jalan Pekeliling. Disitu sudah ada beberapa motosikal yg sedang
terbakar.
Kami semua ada yg sudah pucat lesi kerana bukan ini yg kami
cari. Bas bergerak ke Jalan Tun Razak menuju ke balai Dato Harun. Lagi
ada kereta yg terbakar. Dengan Ikhsan Polis kami dibenar masuk menuju ke
rumah Datuk Haron. Belum sampai kami disuruh keluar bas. Bila berkumpul
diluar bas beberapa das pemedih mata ditembak ke arah kami oleh FRU.
Masa itu kami semua bertempiaran lari. Aku dan beberapa org kawan
melompat masuk ke dalam perkarangan sebuah rumah. (tak ingat rumah
siapa).
Tembok yg tinggi dapat ku panjat. Dalam rumah tu kami dapat tengok TV
dan disitulah baru kami tahu apa yg telah berlaku. Dari perkarangan
rumah tersebut kami dapat melihat api dari bangunan yg terbakar. Kami
juga dapat mendengar perutusan dari Tunku mengenai apa yg telah terjadi.
Pada pukul 10 malam Askar Melayu mengambil tugas dari FRU dan kami
dibenar masuk ke dalam rumah Dato Haron. Suasana memang tegang.
Kumpulan2 dari Sungai Manek dan Parit sulung sudah pun ada didalam rumah
Dato Haron berzikir.
Dari situ kami mendapat maklumat mengatakan ada masjid yang telah
dibakar. Beberapa kumpulan akan keluar dari rumah Dato Haron
mempertahankan kawasan2 yg diserang oleh orang2 Cina. Ali Munawar adalah
seorang dari ketua disitu. Kampong Baru dikawal oleh Gengster Melayu
dengan senjata api. Pertempuran berlaku sepanjang malam.
Paling hebat
ialah di Kampong Pasir, berdekatan dengan Jalan TAR. Ada berita
mengatakan beberapa orang Melayu dibunuh Cina dalam panggung Federal di
Chow Kit. Kawan saya juga terkena tembakan dikaki di Kampong Pasir.
Lebih
kurang pukul 4 pagi Askar Melayu mula menghantar balik pelajar2 ke
hostel. Bukan naik APV atau Hummer tapi naik lori tentera aja. Masa itu
takut sungguh melalui KL, menyusur jalan Bangsar. Banyak bangunan2 yg
terbakar di Jalan TAR.
Post-13Mei ration makan kami adalah roti dua keping cecah kari. ration kami diagih ke kawasan2 Melayu.
Malam kami berjaga bergilir-gilir menjaga hostel. Setiap hari gendang
Cina dipukul kuat di PJ Old Town. Dan khabar angin akan sampai
mengatakan kami akan diserang.
Tun Dr Ismail adalah seorang pemimpin ulung yg bawa keamanan di Malaysia
kerana ketegasan beliau. Sumbangan beliau tak ada tuluk bandingnya.
Jadi kalau ada orang mengatakan 13 Mei bukan Cina DAP dalangnya mereka ini
sebenarnya silap. Tapi ada hikmahnya. Kalau mereka bersabar tentu negara
ini telah terlepas ke tangan mereka. Kerana kerakusan niat mereka tidak
kesampaian. Inilah kesilapan yang mereka terpaksa bayar.
Blog ini adalah pandangan peribadi saya, dan jika pendapat kita berbeza, tidak sepatutnya menyebabkan kita bermusuh. Kita boleh berkongsi cerita dan pandangan, asalkan menjaga adab sopan berbicara. Terima kasih kerana singgah di sini. Saya amat menghargai kunjungan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...
-
Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Hari ini, Rabu 23 Mac 2011, keputusa...
-
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Kisah pembunuhan seorang pensy...
-
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sudah lama saya tidak menghadiri ...
No comments:
Post a Comment
Jejak yang ditinggalkan