Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. (INI KUPASAN ISU POLITIK DARIPADA KACA MATA SAYA SEORANG MELAYU-ISLAM)
Pada 19 hb Mac 2015, sejarah tercipta di Dewan Undangan Negeri Kelantan apabila usul rang undang-undang hudud yang dibawa oleh PAS diterima dan diluluskan oleh dewan dengan sokongan semua ADUN termasuk 12 ADUN UMNO dan 1 PKR.
Sejak itu, hubungan antara PAS dan DAP semakin renggang apabila DAP secara terbuka
mengecam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan
melakukan "pengkhianatan bersiri" terhadap Pakatan Rakyat kerana usul hudud itu kononnya bukan perjuangan mereka dan tidak dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan medianya turut membidas PAS kerana
melanggar konsensus Pakatan Rakyat yang dipersetujui Abdul Hadi sendiri
ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari lalu.
"Dengan mengemukakan notis ketika pindaan enakmen tersebut belum
diluluskan, ia menunjukkan Hadi sekali lagi memungkiri janji yang
dibuatnya sendiri pada mesyuarat 8 Februari, yang sebarang usaha
mengemukakan usul persendirian harus terlebih dahulu dibincangkan dalam
mesyuarat majlis pimpinan.
DAP mengkritik
Abdul Hadi selepas beliau dilaporkan mengetepikan Pakatan Rakyat dengan
menghantar surat kepada Parlimen memohon kebenaran membentangkan rang
undang-undang persendirian, pada sidang yang sedang berlangsung sekarang
dan akan berakhir 9 April depan, untuk membenarkan Kelantan
melaksanakan hudud.
Ketua Menteri
Pulau Pinang itu berkata pengundi bukan Islam dan golongan Islam moderat
yang menyokong PAS dalam pilihan raya umum yang lalu turut kecewa
dengan tindakan PAS.
"PAS nampaknya meletakkan dirinya di satu
sudut dengan kerelaan untuk hilang segala-galanya, bukan sahaja
menamatkan PR malah juga prospek dalam pilihan raya akan datang, dengan
meletakkan kepercayaan kepada UMNO demi melaksanakan undang-undang
hudud.
"Amat menyedihkan jika Hadi mendakwa masih ada tempat
untuk PAS di hati orang bukan Islam. Bukan sahaja kerana ia tidak benar
malah beliau sebenarnya berkhayal jika menyangkakan yang sokongan
kalangan bukan Islam terhadapnya masih belum hilang," katanya lagi tanpa berselindung mengecam pimpinan PAS termasuk kepimpinan ulama yang diterajui Datuk Dr Haron Din, sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu dilantik menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
(dipetik daripada Astro Awani)
ULASAN SAYA:
Sudah terang lagi bersuluh, tindakan DAP cuba mencampuri urusan agama Islam tentu satu tindakan yang bodoh. Apatah lagi dalam keadaan rang undang-undang hudud hanya melibatkan orang Islam di Kelantan, apakah tujuan DAP dan PKR cuba mencetuskan polemik terhadap PAS.
Hakikatnya, golongan Anwarinas yang menolak hudud juga semakin kuat bersuara. Malah, ada di antara mereka seperti bekas Menteri Besar Perak, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin secara terang-terangan meminta ahli PAS menukar pucuk pimpinan dalam muktamar PAS Jun 2015 nanti.
PAS berada di persimpangan, sama ada meneruskan tahaluf siasi bergabung dengan entiti seperti DAP dan PKR, atau bergerak bersendirian. Sebenarnya, PAS masih ada pilihan, iaitu bekerjasama dengan UMNO yang sememangnya Melayu-Islam.
Tepuk dada, tanya selera. Jika kerjasama ini dilaksanakan, suara orang Islam di Malaysia tidak boleh perkotak-katikkan oleh musuh Islam seperti DAP dan PKR.
Blog ini adalah pandangan peribadi saya, dan jika pendapat kita berbeza, tidak sepatutnya menyebabkan kita bermusuh. Kita boleh berkongsi cerita dan pandangan, asalkan menjaga adab sopan berbicara. Terima kasih kerana singgah di sini. Saya amat menghargai kunjungan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...
-
Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Hari ini, Rabu 23 Mac 2011, keputusa...
-
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Kisah pembunuhan seorang pensy...
-
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sudah lama saya tidak menghadiri ...
No comments:
Post a Comment
Jejak yang ditinggalkan