Monday, February 5, 2018

DALAM DUNIA MANUSIA, ADA BAPA BERJIWA BINATANG

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Minggu lalu, negara digemparkan dengan kematian seorang kanak kanak berusia 9 tahun, Nur Aina Nabihah bt Mohammad, yang maut didera bapa sendiri. Pasukan penyiasat telah melakukan siasatan di lokasi kejadian tempat Nur Aina Nabihah didera dengan kejam sebelum meninggal dunia. Mereka menemui bekas air jampi, bangku kecil plastik yang telah patah dan tali pinggang tentera yang ada kaitan dengan penderaan tersebut.

Barang-barang tersebut diambil dari rumah sewa tempat Nur Aina Nabihah tinggal bersama abang dan bapa kandung serta ibu tiri dan dua adik tirinya di Taman Vista Jaya Lukut Jumaat lalu.

Difahamkan, bapa kandung Nur Aina Nabihah yang juga suspek kes ini percaya bahawa anak perempuannya itu mempunyai saka dan air jampi itu digunakan untuk mengelakkan masalah itu berlarutan.

Kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu Nur Aina Nabihah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban selepas dia ditemui tidak sedarkan diri oleh ayahnya di kediaman mereka.

Bedah siasat ke atas kanak-kanak itu mendapati dia mengalami kecederaan parah, hati koyak, putus pankreas, patah tulang rusuk kiri dan kanan serta terdapat kontusi atau lebam dalaman pada usus besarnya.

Berikutan itu bapa kandung dan ibu tirinya direman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.

Suspek yang juga bapa kandung Nur Aina Nabihah dalam pengakuan awalnya ketika disoal siasat polis mengaku pada malam kejadian dia telah memukul anaknya dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, menendang dan memijak perut anaknya hingga terkencing.

Suspek juga membuat pengakuan awal pernah memukul anaknya menggunakan sebuah bangku kecil plastik. Pengakuan ini sudah cukup membuktikan bapanya memang berhati binatang.

Moga syurga untuk Nur Aina.

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...