Sunday, April 21, 2019

JAUHI SIFAT CEMBURU DAN HASAD DENGKI

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sifat cemburu melampau, iri hati adalah hasad dengki, adalah penyakit hati. Ia berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan apa yang orang lain miliki, lantas menimbulkan persepsi negatif terhadap pihak lain. 



Buanglah Rasa Iri Hati Dan Dengki 

Jangan dengki dengan kejayaan serta kelebihan orang lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Elakkan rasa iri hati terhadap kejayaan orang lain, kerana kita tidak tahu letihnya mereka dalam memperjuangkan kejayaannya dan entah berapa kali ia jatuh namun bangkit kembali. 

Iri hati membuat seseorang sedih melihat orang lain bahagia. Ironinya, mereka rasa  bahagia saat melihat orang lain sedih. Perkataan ''padan muka" adalah manifestasi rasa meluat akibat kebencian yang berpunca daripada rasa iri hati.
Jika kita melihat pencapaian orang lain, jangan dengki. Berlapang hati, lapang dan luas pula rezeki. Jangan iri dan dengki dengan kejayaan dan pencapaian orang lain. 
Setiap hamba Allah yang mendapat kejayaan, akan diminta lebih juga dalam hidup ini. Jadi, mengapa perlu iri, sebaliknya bersyukurlah dengan nikmat dan pemberian  ALLAH saat ini.
Kunci nikmat itu merasai, memiliki dan menikmati apa yang ada, bukan dipaksa untuk harus ada. 
Satu tips untuk berjaya, jangan ada sifat iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain. Itu rezeki dia, rezeki kau ALLAH bagi nanti, sabar!

Belajar Rasa Cukup

Bila air yang sedikit dapat menyelamatkan kau dari dari rasa haus. Tak perlu meminta air yang lebih banyak yang kemungkinan akan menenggelamkan kau. Selalulah belajar merasa cukup dengan apa yang kau miliki.
Saat hati sempit, rasa benci, rasa sakit hati dan segala rasa yang menyesakkan segera buka Al-Quran, baca dan resapi ertinya. ALLAH janji penyembuh dari segala penyakit hati. Perbanyakkan zikir. Perbanyak mengingat ALLAH. Hanya dengan mengingat ALLAH hati menjadi tenang.
Ketika kau merasa lebih gagal dibandingkan dengan orang lain. Ketika kau merasa miskin sedangkan orang lain kau lihat mereka senang dan mewah. Kau tidak perlu kecewa dan bersedih. Kekecewaan dan kesedihan tidak akan mengubah hidup kau. Yang paling penting kendalikan hati agar tidak iri dan dengki.
Semakin kau iri dan dengki, semakin banyak ALLAH tarik kau punya rezeki. Sedangkan jika kau bersyukur, pasti ALLAH melipat gandakan rezeki kau lagi. Perasaan yang paling bahaya adalah iri dan dengki, kerana ia melahirkan kebencian. Dan kebencian akan membonoh kau perlahan.

Jangan Iri Hati Dan Dengki

Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang mampu memp0rak-perandakan hidup. Selama kita punyai rasa iri hati dan dengki, jangan harap kita akan bahagia. Jangan pernah iri dengan apa yang orang lain ada, setiap orang punya masalahnya sendiri. Jadi bersyukurlah.
Iri hati dan dengki menghapus kebaikan dan kebahagian, hidup penuh tekanan dan kekecewaan. Kalau hati kita senang melihat orang lain susah, maka hati kita tengah sakit. Dan segerakanlah ubati sebelum hati m4ti. Dengan apa?.. Banyakkan syukur, banyakkan istighfar.

Hati-hati Dengan Hasad Dengki

Hati-hati dengan penyakit iri hati dan hasad dengki ini. Hal ini kerana, menurut seorang ustaz, jika dibiarkan sifat ini didalam hati, ia akan menhapuskan amalan-amalan yang telah dilakukan sebelum ini yang akhirnya dikhuatiri kita akan muflis di akhirat kerana hilangnya pahala amalan.

Cara Mengubati Penyakit Hasad Dengki dan Iri Hati

Antara cara yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan rasa iri hati dan hasad dengki ini adalah dengan melawan perasaan tersebut,dan jangan mengiyakan bisikan iri hati. Selain itu, apabila kita melihat seseorang mempunyai kelebihan dan kejayaan dan timbul perasaan iri hati didalam hati, segera lah istighfar dan mendoakan lagi kejayaan kepada orang tersebut.
Contohnya kita melihat perniagaan Ali bertambah maju sekarang. Muncul iri hati dan dengki dalam hati. Maka ketika itu berdoalah ” Ya Allah, Kau tambahkan kemajuan dalam perniagaan Ali dan limpahkanlah kekayaan sehingga 7 keturunan”. Semoga dengan doa begitu akan mengelakkan kita daripada bersifat dengki serta mampu menidakkan bisikan syaitan didalam hati.
Dipetik daripada kuliah Habib Ali Zainal Abidin. 

1 comment:

Jejak yang ditinggalkan

TUN DAIM YANG DERMAWAN

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Tun Daim Zainuddin, mantan menteri k...