Monday, April 15, 2019

PERSARAAN CIKGU AMRI BIN YAHAYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


Apabila pengerusi KGKT, Puan Norlia Harun berbincang dengan saya tentang majlis persaraan cikgu Amri pada April, pantas saya bersetuju dengan temanya. Akhirnya kami sepakat, untuk meminta guru dan staf berpakaian ala bangsawan Melayu lengkap bertanjak, kerana tema yang dipilih adalah perkahwinan kesultanan Melayu klasik.  

Tema ini sebenarnya diambil daripada inspirasi majlis persaraan dua orang guru SMK Sungai Bayor dahulu, iaitu cikgu Falid dan cikgu Mou Yusop. KGKT mendapat sentuhan tandu (pengusung) yang dihasilkan secara kreatif oleh cikgu Ravi dan cikgu Zalani. Manakala idea hiasan pelamin di pentas, adalah kreativiti AJK KGKT sendiri. Kami mendapat sokongan alumni, PIBG dan pelajar sendiri untuk menjayakan majlis yang besar ini. 

Majlis yang dilangsungkan pada hari Jumaat 12 April 2019 itu meriah, dengan kehadiran beberapa orang mantan pengetua dan guru. Antaranya adalah cikgu Bahtom (pengetua pertama SMKBS), cikgu Shukor (kedua), cikgu Mat Noh, Hajah Che Saliha, Haji Shaifuddin, ustaz Amin dan Haji Zakaria. Ia bukanlah suatu yang aneh, kerana cikgu Amri merupakan satu satunya guru yang pernah berkhidmat dengan semua pengetua SMK Batu Sepuluh, sejak sekolah mula beroperasi. Beliau berkhidmat di SMK Batu Sepuluh sejak 1990, ketika sekolah masih menumpang di bangunan SK Batu 10, Lekir pada waktu itu.

Majlis dimulakan dengan perarakan tandu membawa cikgu Amri, oleh guru dan staf lelaki. Ia diiringi kompang dan hantaran ke pentas utama. Saya diberikan tanggungjawab menjawab pantun yang dijual oleh 'pihak penganti perempuan'. Acara silat dipersembahkan oleh bekas pelajar, manakala dabus pula dipimpin oleh cikgu Tajul Azmir. YDP PIBG mendeklamasikan sajak khusus untuk beliau. 

Selamat bersara kepada cikgu Amri, moga diberikan rahmat dan keberkatan hidup yang berpanjangan di samping keluarga tersayang.  
atur cara majlis persaraan cikgu Amri
Kad jemputan
Dari kiri: Hang Ikmal, Hang Zulkifli, Hang Mior, Hang Nuar dan Hang Shamsul 

Barisan guru mengabadikan kenangan akhir dengan cikgu Amri

Antara guru lelaki yang bertugas mengusung tandu membawa cikgu Amri
Ucapan terakhir cikgu Amri sebelum bersara 

Pasukan dabus di bawah bimbingan cikgu Tajul Azmir 

Pasukan kompang asrama diketuai oleh Fares 

1 comment:

  1. Tahniah cikgu Amri sampai ke hujung perkhidmatan.
    Selamat jadi YB (yang bersara).

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

TUN DAIM YANG DERMAWAN

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Tun Daim Zainuddin, mantan menteri k...