Thursday, December 26, 2019

DAMAILAH ADINDAKU SANI

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pada 7 Disember 2019, panggilan telefon jam 1 pagi mengejutkan saya daripada tidur. Rupanya, isteri adik saya, Sani, memaklumkan suaminya diserang angin ahmar dan dibawa ke unit kecemasan Hospital Tawau.
Saya, Oun dan Sani (ikut arah jam)
 Sani, atau nama sebenarnya, Abdullah Sani bin Ali Hassan, adalah adik kandung saya, anak ketiga selepas Yong Azaliah dan saya. Di bawahnya ada lagi dua orang adik beradik kami iaitu Khairul Anuar (Oun) dan Noor Aishah  (Wa). Panggilan manjanya ialah 'Yang'. Selain kami berlima, ada lagi seorang abang sama ayah iaitu Azwadi Noor tetapi beliau meninggal dunia pada usia muda pada tahun 1997. 

Perasaan kami adik beradik tentunya bimbang apabila mendapat khabar berita yang menimpa Sani. Akhirnya setelah berbincang, Yong ditemani Yop Kamil dan anak anak mereka Ikmal dan Fahmi, terbang ke Sabah dengan membawa seorang daripada anak Sani yang berada di Semenanjung, iaitu Ajmal Haziq untuk menziarahi ayahnya pada Rabu 12 Disember. 

Saya dan Oun bercadang ke sana lewat sedikit, kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan lain. Kami membeli tiket penerbangan ke Tawau pada 20 Disember, manakala Wa dan suaminya Nazmi masih berada di Mekah mengerjakan ibadah umrah. Kami berdoa dan harap Sani dapat sembuh seperti asal. Namun berdasarkan maklumat doktor pakar, pendarahan di kepalanya sukar dibedah kerana kedudukan darah beku jauh ke dalam bahagian otak. Ia sangat berisiko, dan keadaannya lumpuh sepanjang hayat jika mampu bertahan.  Ketika Yong sekeluarga tiba, Sani kelihatan lemah tidak bermaya, dan memerlukan bantuan sepenuhnya. 

Jika diimbau kembali, hubungan saya, Sani dan Oun semasa kecil sangat rapat. Kami tidur satu kelambu, dan melalui pengalaman membesar  bersama sama kerana jarak usia kami tidak jauh bezanya. 

Kami mandi parit sama-sama, pernah jatuh motor ayah semasa ingin ke masjid. Sani suka bermain di bawah pokok kekabu belakang rumah di Kampung Dato Seri Kamaruddin (DSK). Oun pula di bawah rumah, dan saya merayau keliling kampung dengan lastik di tangan. Kalau musim guli, tuju getah, gasing dan layang layang, kami main bersama budak kampung DSK yang lain. Indah sungguh kenangan semasa kecil. 

Apabila masing masing sudah berkeluarga, kami jarang sangat berpeluang menikmati masa masa seperti dahulu. Masa berlalu, hanya media sosial menjadi medan kami bertemu dan bersembang. Oun sudah berkeluarga dan menetap di Batu Pahat, manakala saya di Lekir. Sani pula membawa diri ke negeri di bawah bayu selepas berkahwin kali ketiga dengan gadis Sabah, Jamaliah Haji Basri. Dia mengubat hatinya di Tawau selepas dua  perkahwinan sebelum ini tidak bertahan lama.  

Pada jam 2.30 petang, 18 Disember, saya menerima panggilan Jamaliah, dengan esak dan tangisnya memaklumkan Sani sudah tiada buat selama-lamanya. Hampir gugur jantung rasanya apabila mendapat berita ini. Perasaan sedih dan hiba saya tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Rupanya hanya Yong yang sempat menatap wajah Sani buat kali terakhir. Niat hati saya dan Oun tidur disebelahnya, bersembang seperti kami kecil dahulu, tidak kesampaian. 

Kami berserah kepada Allah, dan memutuskan agar jenazahnya disempurnakan di bumi Tawau. Apatah lagi keluarga isterinya mengambil berat dan sayang kepadanya. Sani pandai membawa diri di rantau orang, dan ramai handai taulan menziarahinya buat kali terakhir. 

Apabila kami tiba di Kampung Inderasabah, Tawau, pada 20 Disember, saya hiba melihat tanah kubur milik adik saya yang masih baharu. Damailah Sani, semoga Allah merahmati roh adikku. Buat semua yang mengenali Sani, maafkanlah jika adik saya ada melakukan kesilapan dan menyinggung hati serta perasaan.   

4 comments:

  1. Abg long sani,hafis rindukn abg long...abg long maafkan hafis xdpt bersama-sama abg long disaat terakhir kerana hafis dah transfer kat batu gajah,perak..terima kasih abg long kerana abg long seorg abg yg baik memahami dan serta penasihat yg hebat..Al-Fatihah buat abg long,Ya Allah tempatkanlah abg long bersama orang2 yang beriman Dan para solihin...hafis dan imah sayangkan abg long..

    ReplyDelete
  2. AL FATIHAH UNTUK ARWAH YANG... semoga Yang tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang beriman..teringat zaman belia Yang seorang yang aktif, public speakingnya hebat bersama kak Tipah Omar dulu..terpegun kami bila Yang dan kak Tipah buat presentation..lama beno dah tak jumpa Yang selepas arwah Pak Uteh Sidek dan Mak uteh meninggal...

    ReplyDelete
  3. Sabar Tuan , Semoga khusnul Khotimah buat adinda Tuan

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

TUN DAIM YANG DERMAWAN

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Tun Daim Zainuddin, mantan menteri k...