Tuesday, May 12, 2020

KUIH SEPIT

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kuih Sepit, atau nama lainnya, Semprong, Sapit, kue Belanda, atau kuih Kapit, adalah snek tradisional di Malaysia dan beberapa negara termasuk Indonesia dan Brunei.
Dahulu, awal bulan puasa, kami menunggu nunggu mak buatkan kuih ini. Mak sediakan bancuhan, dan kami adik-beradik tolong pukul telur, jaga api, cari sabut kelapa, dan juga kawalan mutu (QC). Biasanya yang terlibat dengan QC tak puasa sebab masih belum sekolah (kalau dah masuk sekolah rendah, dikira wajib puasa ðŸ˜œðŸ™„😆)
Kuih sepit yang kehitaman, terlalu garing atau tidak sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu semasa raya, dijamu kepada unit QC yang sedia menanti dengan penuh sabar. ðŸ˜†ðŸ˜œ
Alangkah indahnya kenangan waktu itu. Kini semua jenis kuih untuk raya, mudah diperolehi, pesan sahaja atau dapatkan di mana mana pasaraya.

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...