Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
James Bowen adalah seorang pemuzik jalanan dan bekas penagih dadah yang bergelandangan di jalan-jalan di kota London pada 2007. Lahir daripada keluarga yang berantarakan menyebabkannya hilang arah dalam kehidupan.
Dia berusaha keluar daripada penagihan dadah dengan mengambil ubat metadon yang dibekalkan oleh kerajaan kepada para penagih yang ingin membuang ketagihan terhadap heroin.
Pada satu malam, James menemui seekor kucing yang masuk ke apartmennya mencari makanan. Dengan andaian kucing itu melarikan diri dari suatu tempat, James cuba mengembalikan kucing itu dan mencari pemilik asalnya.
Setelah melepaskannya, beberapa hari kemudian kucing itu kembali ke rumah sewa James, kali ini dengan luka bernanah di kaki belakangnya. James berasa kasihan dan bimbang dengan situasi tersebut. Jirannya Betty membantu merawatnya dan menamakan kucing tersebut sebagai Bob.
Selepas dirawat, Bob pulih tetapi masih mengikuti James ke mana-mana. James bermain muzik dan kelibat Bob di sisinya menarik lebih banyak orang menyaksikan persembahannya. Kemudiannya, ia menjadikan James mendapat lebih banyak wang. Akhirnya dia memutuskan untuk menjaga Bob. Bob pula semakin dikenali di kawasan tempat tumpuan pelancong.
Populariti Bob di media sosial menyebabkan James semakin dikenali di internet. Kehidupan James juga semakin terurus, dan dia dapat bebas daripada ketagihan dadah.
James kemudian memperbaiki hubungannya dengan ayahnya, Jack dan hidupnya berubah menjadi lebih baik. James berasakan kucing jalanannya Bob, seekor rakan hebat yang dapat mengubah nasib dirinya.
James Bowen menulis sebuah buku mengenai hubungannya dan Bob, dengan judul Street Cat Named Bob yang menjadikannya kaya. Inspirasi daripada buku tersebut menjadi filem, yang menampilkan Bob sebagai watak kucing sebenar, pada tahun 2016.
Buku yang diterbitkan pada 2012 itu telah dialih bahasa kepada lebih 40 bahasa yang berbeza.
James Bowen memberi penghargaan kepada rakannya, Bob kerana menyelamatkan nyawanya dan membantu pemulihannya daripada najis dadah. Kucing tersebut mati pada Jun 2020 dalam kemalangan dilanggar kereta.
"Semudah itu. Dia memberi saya lebih banyak daripada persahabatan. Dengan dia di sisi saya, saya menemui arah dan tujuan yang saya hilang."
"Dia bertemu ribuan orang, menyentuh berjuta-juta nyawa." Tidak pernah ada kucing seperti dia. Dan tidak akan lagi.
"Saya rasa cahaya telah padam dalam hidup saya. Dan saya tidak akan pernah melupakannya." katanya James Bowen semasa majlis memperingati kucing hebat bernama Bob.
Apa pengajarannya kepada kita?
Apa pengajarannya kepada kita?
No comments:
Post a Comment
Jejak yang ditinggalkan