Saturday, July 7, 2012

FAM Ibarat Harimau Yang Hilang Kuku

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kita berasa kecewa dengan kegagalan skuad B-22 Harimau Malaya apabila tewas 1-2 di tangan Myanmar untuk ke pusingan akhir Olimpik London. Apa yang lebih menyedihkan adalah pelanggaran syarat oleh skuad bola sepak Myanmar tidak dibantah oleh FAM. 
Ramai peminat bolasepak mempersoalkan tindakan Datuk Azzuddin Ahmad, Setiausaha Agung FAM kerana tidak membantah pelanggaran secara terang-terangan Myanmar sejurus perlawanan tersebut. Kemandulan pengurusan FAM dalam mempertahankan imej bolasepak negara tampak jelas apabila Myanmar dikatakan menggunakan khidmat pemain yang telah melangkau had umur tahun. Walaupun bukti kukuh masih samar-samar, sekurang-kurangnya FAM harus meneliti laporan media tentang perkara tersebut. 
Tertubuhnya FAM adalah untuk menguruskan mutu bola sepak kita akan lebih baik. Sudahlah 'ranking' bola sepak negara merudum ke  kedudukan 157, itupun masih belum menyedarkan FAM untuk bertindak lebih tegas dan berintegriti. Sekiranya FAM tidak dapat menggunakan hak untuk bantah dengan seadanya , maka pengurusan FAM telah gagal untuk menjaga kepentingan bolasepak di negara ini. dan mereka perlu letak jawatan secara en masse dengan kapasiti sebagai orang yang gagal memikul tanggungkjawab
Datuk Azzuddin Ahmad dilaporkan berkata, beliau tidak menghantar bantahan rasmi kepada AFC kerana tempoh bantahan tamat 48 jam selepas tamat perlawanan berkenaan. 
Ini sebenarnya satu alasan individu yang gagal memikul amanah dan tiada integriti. Sewajarnya beliau meneliti laporan media dan mendapatkan maklumat daripada sumber yang berkenaan demi mempertahankan maruah negara.

Saya petik kata-katanya dalam berita bahasa Bernama, untuk kita nilaikan kegagalan organisasi se'hebat' FAM yang boleh diibaratkan bagai harimau tua yang hilang kuku, kuat mengaum tapi kudratnya tiada.

Our team while in Yangon (Myanmar) on July 3 had complained to the match commisioner that Myanmar had fielded overaged players for the tournament.” Azzuddin said the AFC sent a letter yesterday replying to the Malaysian team’s protest and provided guidelines for the FAM. “The FAM had conducted an investigation based on data and sources including those available at the AFC.” He added the FAM could not merely lodge protest based on articles published by the media. “Having checked Myanmar citizenship documents, we found that two players having the same name are different individuals,” he added. Among the players said to be overaged are skipper Kyaw Zayar Win, Kaung Si Thu (jersey 9) and Kyi Lin (jersey 8). Local press reports claimed that Kaung Si Thu is 25 years-old as stated in the official website of his club, Yangon United while Kyaw Zayar Win is 24 years-old as appeared on the official website of the International Football Federation (FIFA). — Bernama

Wednesday, July 4, 2012

Amanat Raja Melayu Wajar Direnungi Dan Dihayati.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Satu daripada prinsip Rukun Negara adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Setiap rakyat negara ini, tidak kira kaum mana sekalipun wajar menghormati dan akur kepada institusi raja-raja Melayu yang bertapak kukuh sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Dengan senario politik yang tampak mula menggoyahkan negara melalui tindakan yang tidak rasional dan menjejaskan keselamatan negara, Raja-raja Melayu dalam mesyuarat Majlis Raja-raja pada 13 dan 14 Oktober 2010 telah menzahirkan kebimbangan terhadap perpecahan yang berlaku khususnya terhadap orang Melayu.

Rata-rata kita hari ini, mungkin tidak menyedari kepentingan institusi raja dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sebagai golongan majoriti di negara yang berdaulat, orang Melayu dengan jumlah lebih 14 juta daripada 28 juta (mengikut perangkaan tahun 2010) adalah bangsa yang dikenali sebagai bangsa beradab sopan. Tonggak perpaduan orang Melayu adalah raja-raja. Malah, melalui raja Melayu, bangsa kita mendapat penghormatan dan kedaulatan daripada pihak British. Sejarah mencatatkan antara sebab penentangan Malayan Union pada 1946 adalah kerana tipu daya Harold MacMichael ketika mendapatkan tanda tangan Raja-raja Melayu. Ketika itu, rasa hormat terhadap institusi raja Melayu amat tinggi.

Antara amanat Raja-raja Melayu yang terkandung dalam pengisytiharan selepas mesyuarat tersebut adalah:
  1. Menyeru rakyat negara ini memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara yang diasaskan daripada kontrak sosial dan permuafakatan antara kaum di negara ini.
  2. Perpegang kepada kontrak sosial secara tolan ansur yang menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
  3. Menyeru orang Melayu bersatu padu dan tidak bertelingkah sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam agar tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara.
  4. Para pemimpin Melayu wajib mencari persamaan dan muafakat secara bijaksana untuk melindungi dan membela nasib orang Melayu.
  5. Keutuhan bangsa Melayu tidak akan terpelihara jika pemimpin pertubuhan Melayu cenderung untuk bertelagah dan berselisih faham.

Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita sayangi ini, kita harus menghayati amanat Raja-raja Melayu.  Mengadu domba dan berselisih faham dalam isu politik bakal menghancurkan nasib bangsa kita. Akhirnya, kita juga yang rugi dan bernasib malang seperti Pak Kadok, yang menang sorak tapi kampung tergadai.
Fikir-fikirkan..

Friday, June 29, 2012

Skuad Jerman Meratapi Kekalahan Di tangan Azzuri

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

EURO 2012 semakin ke penghujung. Menariknya, tentulah apabila memperkatakan pasukan yang hebat bertemu sesama sendiri di peringkat separuh akhir.
Portugal yang diketuai pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya kecundang dalam penentuan penalti di tangan juara bertahan, Sepanyol.
Itali pula menghancurkan harapan Jerman untuk melangkah ke peringkat akhir apabila skuad Azzuri mengalahkan mereka 2-1. Tentunya juga Balloteli penyerang kontroversinya sudah berkira-kira untuk menyarung kasut emas selaku penjaring terbanyak EURO edisi 2012.
Pengurus Jerman, Joachim Loew selepas tamat perlawanan sengit itu dilaporkan berkata para pemainnya akan belajar daripada kekalahan di tangan Itali.
 Barisan pemain muda skuadnya menajadi pasukan pilihan untuk menjulang Piala Eropah tetapi ia tidak berlaku.
"Kekecewaan itu sangat hebat. Pemain saya menangis di bilik persalinan. Tiada apa yang diucapkan oleh mereka," katanya.
"Skuad ini dibina dengan cukup baik. Kami menang 15 perlawanan kompetitif tetapi hari ini, kami kalah kepada pasukan Itali yang lebih baik dengan barisan penyerangnya yang lebih menyengat."
bekas pengurus Jerman pula berpendapat sebaliknya.
"Masa depan masih ada dengan skuad ini, tetapi anda boleh saksikan mereka akhirnya sampai ke tahap anti-klimaks. Saya harus akui Itali bermain dengan cukup baik dan berhak untuk menang."
Kapten pasukan Jerman, Philipp Lahm pula berkata, kekalahan itu amat perit untuk ditelan.
"Ia sangat, dan terlalu pahit untuk dikenang. Kami membuat kesilapan membenarkan mereka mendapat dua gol awal. Kami berusaha keras sejak awal tapi mempersiakan peluang yang ada."
"Setiap kekalahan memang memeritkan, terutama jika langkah sudah sejauh ini. Tapi kami akan bangkit semula." Katanya.
Kekalahan ini sebenarnya bermakna Jerman gagal dalam beberapa peringkat separuh akhir kejohanan berprestij; Pertama, mereka kalah kepada Sepanyol dalam separuh akhir Piala Dunia 2010 di Afrika. Mereka juga kalah kepada Itali pada Piala Dunia 2006, juga di separuh akhir. Lebih malang lagi, mereka juga gagal merangkul Piala Eropah edisi 2008, di tangan Sepanyol.

Sumber: BBC 

Monday, June 18, 2012

Shahnon Ahmad, Sasterawan Terbilang.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Siapa yang tidak kenal dengan Shahnon Ahmad? Mungkin segelintir daripada kita yang tahu beliau penulis novel SHIT yang berunsur satira politik semasa polemik Reformasi satu ketika dahulu.

Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (lahir 1933 di Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia, mendapat gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli Parlimen Sik di bawah bendera PAS. Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Shanon bin Ahmad (atau nama penanya Juwahir, Tutang) dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah. Beliau kini menetap di 61, Cangkat Minden, Jalan 1, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.

Shahnon bersekolah di Sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah V (1946) ; Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga lulus Sijil Persekolahan. Beliau pernah bertugas sebagai guru di Grammer English School, Kuala Terengganu (1954), kemudian menjadi Pegawai Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan (1955-1956). Kecederaan yang dialaminya menyebabkan beliau menjadi guru semula dan mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah (1957-1959).
Shahnon menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid (1960-1963); pindah ke Jenan, mengajar sastera di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim(1967). Tahun 1968 menjadi pegawai penyelidik di Australian National University (ANU), Canberra, Australia.Di sana beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda (1971).
Shahnon menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim ; pensyarah Universiti Sains Malaysia (1974) dan memperolehi Sarjana Sastera USM (1975). Shahnon dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (1979) ; Profesor Sastera USM (Jun 1980) ; profesor penuh di USM (1982) ; dan Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.

Penulisan
Beliau banyak membaca karya novelis Indonesia Pramoedya Ananta Toer dan Patrick White.

Sejak 1956 beliau mula menulis dan sentuhannya tentang masyarakat cukup dirasakan dan mulanya berbentuk sinis dan seks. Karya awalnya berupa terjemahan tersiar dalam majalah Mastika dan menghasilkan cerpen, novel, esei serta kritikan. Namun beliau canggung menghasilkan puisi dan drama. Beliau menyingkap penderitaan manusia desa dan kehidupan di bandar-bandar.
Novel pertamanya 'Rentong' (1965) menaikkan namanya. Novel keduanya berjudul Terdedah . Novel ketiga 'Ranjau Sepanjang Jalan' dijadikan teks sastera tingkatan enam dan diangkat menjadi sebuah filem (1983) oleh penerbit / pengarah filem, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin. Dua novel ini merupakan kemuncak kerjaya novelis ini.Ranjau Sepanjang Jalan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest But A Thorn. Panel The Sydney Morning Herald (1973) mengangkat novel ini satu daripada 10 novel menarik tahun 1972. Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—yang telah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja, Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—yang telah memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965).

Melalui novel Rentong , beliau cuba menganalisis masyarakat desa yang amat memerlukan pembangunan. Kisah perjuangan petani miskin di kampungnya Banggul Derdap melalui watak Dogol, Semaun, Pak Senik, Jeha, dan Lahuma.Orang kampung dengan segala kesederhanaan mereka untuk mencari rezeki yang halal, di samping menyerahkan dirinya bulan-bulat kepada Allah.
Novel Protes berkisar tentang ketuhanan. novel Menteri dan Perdana berkisar tentang soal politik orang Melayu. Gaya bahasa dan teknik penulisan yang bersahaja. Loghat Kedah , perulangan ayat dan teknik perbandingan dapat meninggalkan kesan.
Novel Serengenge (1973) diangkat sebagai novel terbaik oleh Panel Hadiah Karya Sastera 1973. Novel ini memaparkan sintesis antara kepercayaan tradisi dengan ilmu psikologi moden. Tahun 1985, beliau menghasilkan novel Al-Shiqaq I.

Cerpennya memenangi Hadiah Karya Sastera. Antaranya antologi cerpen Anjing-anjing, Debu Mereh, dan Selesai Sudah. Beberapa cerpennya diterbitkan bersama penulis lain. Cerpen beliau yang tersiar dalam Berita Harian dan Mastika mendapat hadiah RM100.00 (1960-an). Tahun 1974, Shahnon memenangi Hadiah Karya Sastera dalam bidang esei dan kritikan pula.

Polemik Sastera Islam

Beliau mula ke arah Islam dan keislaman.Polemik Shahnon dengan penulis Kassim Ahmad mengenai takrif Sastera Islam tersiar dalam majalah Dewan Sastera pada tahun 1984 dan akhbar Mingguan Malaysia. Beliau juga pernah ikut jemaah Al Arqam dan pengalamannya itu ditulis dalam novel 'Tok Guru'.

Penghargaan

Tahun 1975, Shahnon diberi kepercayaan sebagai anggota Panel Hadiah Karya Sastera; gelaran `Pejuang Sastera’ oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn (1976) ; Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan (1982) ; Panel Hakim Hadiah Karya Sastera (1983).
Beliau menerima darjah Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran `Datuk’ daripada Sultan Kedah (1980) ; Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 11 September 1993.

Karya karya beliau

Novel

Rentong, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 123 hlm.
Terdedah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 116 hlm.
Ranjau Sepanjang Jalan, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1966, 188 hlm.
Menteri, Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1967, 119 hlm.
Protes, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1967, 161 hlm.
Perdana, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 213 hlm.
Srengenge, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 233 hlm.
Sampah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, 65 hlm.
Kemelut, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 156 hlm.
Seluang Menodak Baung, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978, 304 hlm.
Al-Syiqaq I, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 427 hlm.
Tunggul-tunggul Gerigis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 (Edisi Sasterawan Negara, 1990), 305 hlm.
Patriarch, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 (Edisi Sasterawan Negara, 1995), 227 hlm.
Ummi & Abang Syeikhul, Pulau Pinang: Percetakan Yusran, 1992, 145 hlm.
TIVI, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 117 hlm.
Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 252 hlm
Sutan Baginda, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, 115 hlm.
Stumps (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 (cet. 2), 334 hlm.

Cerpen

Dua Zaman (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1963, 190 hlm.
Anjing-anjing, Kuala Lumpur: Penerbitan Jambatanmas, 1964, 100 hlm.
Perajurit yang Pulang (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1964, 132 hlm.
Debu Merah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 221 hlm.
Angin Retak (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 177 hlm.
Konflik (antologi bersama), Alor Star; Penerbitan Pustaka Utara, 1967, 118 hlm.
Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama) Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977, 446 hlm.
Selesai Sudah, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1977, 164 hlm.
Cerpen-cerpen ASEAN (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, 279 hlm.
Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433 hlm.
Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 339 hlm.
Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.
Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 286 hlm.
Seketul Hati Seorang Pemimpin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, 346 hlm.
Takah Demi Tokoh (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 346 hlm.

Drama

Anak Rempang Karam di Kota, Alor Setar: Penerbitan Pustaka Maha, 1968, 126 hlm.

Kajian

Kajian Novel Desa Pingitan (bersama Yahaya Ismail), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1966, 26 hlm.
Penglibatan dalam Puisi, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1978, 194 hlm.
Gubahan Novel, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 147 hlm.
Kesusasteraan dan Etika Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1981, 113 hlm.
Detik-detik Diri di Daerah Daif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 167 hlm.
Kesusasteraan, Kepolitikan, Kealaman, Kedirian Kemanusiaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 183 hlm.
Sastera Sebagai Sismograf Kehidupan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 566 hlm.
Sastera: Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 161 hlm.’
Literature As a Seismograph of Life (Terjemahan Hawa Abdullah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 445 hlm.
Pongang Sastera, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 209 hlm.

Esei / Kritikan

Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957 – 1972 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 419 hlm.
Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 92 hlm.
Sastera dan Sasterawan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980, 259 hlm.
Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Islam (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPIM, 1980, 10 hlm.
Imej dan Cita-cita: Kertas Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 374 hlm.
Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 357 hlm.
Sastera dan Agama (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 130 hlm.
[sunting]Wawancara
Wawancara Sastera (disusun oleh A. M. Thani), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 367 hlm
Mohd. Yusof Hasan, Shahnon Ahmad, Ahmad Kamal Abdullah (Peny.), Jambak I, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 181-206.

Shit
Shahnon telah menulis beberapa buah buku, di mana yang paling terkenal ialah novel Shit @ PukiMak @ PM (1999), sebuah satira politik kontroversi. Buku tersebut sering merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), parti komponen utamanya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), serta bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Terjemahan Bahasa Rusia

Forma «G-147» (Borang G. 147). Terjemahan A. Pavlenko // Aziya i Afrika Segodnya (Asia dan Afrika Hari Ini). Moscow: Akademi Sains Rusia, 1968, № 10, hlm. 16-20.
Esli Mat' Podnimetsa Na Tret'yu Stupen'ku (Bila Ibu Sampai Takah Tiga). Terjemahan B. Parnikel. // Dobroe Delo. Rasskazi Pisatelei Malayzii i Singapura (Budi. Cerita-cerita Pendek Penulis Malaysia dan Singapura). Susunan dan prakata B. Parnikel. Alma-Ata: Zhazushi, 1973.
Kaban (Babi hutan). Terjemahan V. Sigaev. // Aziya i Afrika Segodnya (Asia dan Afrika Hari Ini). Moscow: Akademi Sains Rusia, 1974, № 6, hlm. 37-39.
Navazhdenie (Kekosongan); Dela Semeinie (Di Tengah Keluarga); Kaban (Babi Hutan). Terjemahan B. Parnikel, V. Sigaev. // Sovremennaya Malayziyskaya Novella (Cerita Pendek Malaysia Moden). Penyusun V. Sigaev, B. Parnikel. Prakata B. Parnikel. Мoscow: Progress, 1977.
Voina v Tihom Omute (Seluang Menodak Baung). Novel. Terjemahan T. Dorofeeva. Pengantar B. Parnikel. Moscow: Raduga, 1984.

Politik

Shahnon juga merupakan ahli parti pembangkang PAS. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999, beliau menang bertanding di kerusi parlimen P13 Sik dengan majoriti 478 undi. Beliau mendapat 13504 undi sementara Tan Sri Abdul Hamid Othman (BN - UMNO) mendapat 13026 undi sahaja. Isu utama ketika itu ialah pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai TPM pada 1998.
Namun beliau tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004 kerana uzur yang menyaksikan PAS kehilangan kerusi tersebut kepada BN.

Karya

Kembara seorang hamba , Karya Bestari, 2010.
Revolusi yang ditangguhkan , Alaf 21, c2009.
Setitis embun semarak api , Alaf 21, 2008
Weltanschauung : suatu perjalanan kreatif ,DBP, 2008.
Mahabbah ,DBP, 2007.
Tonil purbawara : kumpulan cerpen pilihan , Dawama, 2006.
Setitis embun semarak api , Alaf 21, 2006
Muntah (novel berasaskan gaya dan daya kreativiti kesepontanan) ,Pustaka Reka, 2000.
Shit @ pukimak, Pustaka Reka, 1999.
Igauan dan cerita-cerita lain ,Fajar Bakti, 1997.
Patriarch ,DBP, 1995.
Ibu adalah penafsir & sungai,Fajar Bakti, 1995.
Pongang sastera : gema karya kreatif dan kesannya terhadap khalayak ,Fajar Bakti , 1995.
Detik-detik diri di Daerah daif ,DBP, 1995.
Corat-coret berkelongsong , Fajar Bakti, 1995.
Sastera sebagai seismograf kehidupan ,DBP, 1991.
Polemik sastera Islam , bersama Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad ,DBP, 1987.
Al-syiqaq I , Teks Publishing, 1985.
Protes ,Teks Publishing, 1984.
Kesusasteraan dan etika Islam , Fajar Bakti, 1981.
The third notch and other stories / Shahnon Ahmad; terjemahan oleh Harry Aveling,,Heinemann Educational Books (Asia)Ltd, 1980
Debu merah , Teks Publishing, 1980.
Srengenge ,terjemahan oleh Harry Aveling,Heinemann Educational Books (Asia), c1979.
Rope of ash : (rentong) , terjemahan oleh Harry Aveling. ,Oxford University Press, c1979.
Selesai sudah , Heinemann Educational Books (Asia), 1977.
No harvest but a thorn ,terjemahan oleh Adibah Amin,Oxford University Press, c1972.
Seketul hati seorang pemimpin
Amalan harian sepanjang zaman / disemak semula oleh Al Ustaz Hj. Ismail Kamus,At Tafkir Enterprise, [199-].
Debu merah, 1965
Terdedah (1965)
Protes, 1967
Perdana, 1969
Menteri, 1976
Kemelut, 1977
Seluang menolak Baung, 1978
Penglibatan dalam puisi, 1978
Gubahan novel, 1979
Tok Guru, 1988
Ummi dan Abang Syeikhul, 1992
Maha Maha (1999)
Nurul Anak Papaku (1999)
Lamunan Puitis Sebuah Trilogi, 2003
Revolusi Yang Ditangguhkan (2009) 

Sesungguhnya, Shahnon Ahmad ibarat permata di gunung. Jasanya dalam dunia kesasterawanan amat besar dan amat bernilai.

Friday, June 15, 2012

EURO 2012

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Perhatian peminat bola sepak seluruh dunia tertumpu kepada Kejohanan EURO 2012 yang berlangsung di Poland dan Ukraine bermula 8 Jun lalu.

Seperti kebiasaannya, sokongan diberikan kepada pasukan-pasukan yang mempunyai nama dan ranking dalam FIFA. Antara pasukan yang dianggap berpotensi adalah Jerman, Spain, Itali, Belanda dan Peranchis. Tidak ketinggalan, England dan Portugal turut dijadikan pasukan pilihan.

Sudah lebih seminggu kejohanan ini berlangsung, keputusan beberapa perlawanan sudah pun diketahui. Selain para pemain yang memperagakan kemahiran tinggi, perlawanan dalam EURO 2012 menuntut strategi dan kewibawaan pengurus pasukan.

Belanda, satu nama yang cukup hebat, dengan reputasi sebagai Naib Juara Piala Dunia 2010, berdepan dengan penyingkiran awal apabila kalah dua perlawanan berturut-turut. Saya kira tak keterlaluan skuad "Oranje" akan ditunjukkan jalan keluar kerana mereka berada dalam kumpulan maut, bersama Jerman, Portugal dan Denmark.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan B bakal menemukan Belanda dengan Portugal, manakala Denmark akan melayani juara dua kali, Jerman.

Nasib Belanda, umpama telur di hujung tanduk. Mereka mesti menang dengan jumlah jaringan yang besar terhadap Portugal sambil mengharapkan Jerman menewaskan Denmark.

Itulah bola sepak.

Monday, May 28, 2012

LGBT: Isu Sosial Yang Perlu Ditangani Secara Tegas

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengaitkan pergerakan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) Malaysia sebagai ‘pergerakan terhormat’. “Penyakit ini sedang mula merebak secara terhormat..hasil daripada maklumat kita..termasuk orang yang terlibat..termasuk orang yang mencanangkan..termasuk orang yang memperjuangkan itu adalah orang-orang yang ada nama dan orang-orang yang terhormat,” katanya ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk Seks Songsang: Perspektif Syari’ah pada Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Antarabangsa, Kuala Lumpur, 22 April.
Walau bagaimanapun Nasharuddin tidak menyatakan sumber maklumatnya dan tidak mendedahkan identiti individu-individu yanga diklasifikasikan sebagai terhormat itu dalam aktivitinya menaungi pergerakan seks songsang tersebut.
Nasharuddin yang juga Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari turut membacakan fatwa Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT itu.
Dalam fatwa ulama tersohor yang menjadi rujukan majoriti umat Islam mutakhir ini, Al-Qardhawi menegaskan aktiviti seks songsang berlawanan dengan hukum Allah, oleh itu, umat Islam tidak dibenarkan menyatakan sokongan kepada mereka (LGBT), apatah lagi mengangkat mana-mana tokoh dari golongan mereka menjadi ketua kepada umat Islam.
“Ini pandangan Syeikh Yusof Al Qaradawi..kepada semualah yang banyak merujuk kepada Syeikh Yusof Qadawi..saya harap baca kenyataan ini..Jangan ambil pandangan Yusof Qaradawi atau ulama-ulama lain, cetusan-cetusan tertentu, untuk mengiayakan, menjustifikasi perbuatan kita sahaja, tetapi perkara yang menyentuh dasar-dasar Fiqh Islam itu ditinggalkan begitu sahaja,” katanya.

Friday, May 18, 2012

Kembalilah Kepada Asas Perjuangan Dahulu.. PAS!

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya ingin nyatakan sokongan saya kepada Sahibussamahah Mufti Perak yang jelas dengan pendiriannya tentang kebimbangannya terhadap nasib ummah hari ini. Buat pengetahuan anda, saya pernah berasa ragu dengan tindakannya dahulu semasa isu Melayu-Kristian dan penggunaan kalimah Allah. Bagaimanapun, pemecatan Datuk Hassan Ali memberi banyak hikmahnya apabila saya sedar dari mimpi indah yang cuba dibuaikan oleh Pakatan Rakyat. 

pas-harusani 

Rasanya inilah kali pertama Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah.
Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan  “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.
Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.
Serentak itu  sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan  tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:
“Tuduhan tok guru Nik Aziz  bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.
“Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”katanya ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.
Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh, Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.
“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua  masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.
“Berdakwah kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam ceramah berbangkit tentang  masalah  hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah…saya juga pernah mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS waktu itu,  namanya …Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).
“Dia baik dengan saya, dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu berbual namun …cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini.
Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS  sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.
“Banyak contoh  boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai  kononnya haram (tidak halal) dimakan.
“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . .  haram.
“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS  dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli  banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.
“Kebetulan satu ketika seorang  ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.
Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya   diboikot sehingga tutup kedai dan kembali  memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.
“Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS  merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.
“Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.
 
“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak. “
“Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.
Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya  kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.”
“Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan Islam
”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.
“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . . sudahlah hidupnya  susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri.
Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.
“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt..  Dia (Allah) suruh kita bersatu,  bahkan dalam bersembahyang  kita diwajibkan berjemaah . . .”
“Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.
“Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.
“Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir  dan  hentam  orang jahiliah.
“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah .. .”
“Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.
“Jadi hal-hal  sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat,  jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu  satu perkara salah.
“Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong, Raja-raja   dan dipimpin sekalipun  . . . haram kita memberontak.
“Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi  tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan  . . .”
Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.”
“Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan  kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampong orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .
Katanya lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.
“Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan  pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul,  jadi kerana  itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.
“Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.
“Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..
Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini  Islam  dikaitkan dengan semua itu  tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran  tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.
Katanya “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian.
“Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .
“Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu  dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.
“Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan  ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin  dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan .  . . . saya tak ada  musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap  lima kali sembahyang  minta Allah ampuni seluruh umat Islam.
Menjawab satu soalan bahawa  PAS  sudah  terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:
“Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu  kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu,  keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.
“Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk)  sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang  untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.
Beliau hairan kerana “orang  ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS  melantik orang bukan islam  . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?
“Quran banyak sekali  meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan islam.
Nasihatnya  kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ”. . . kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan  yang salah dan melanggar hukum Allah. “
Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan”, katanya.- 18/5/2012 - OLEH YUSOF HARUN

PILIHAN RAYA NEGERI SABAH 2025

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sabah akan melaksanakan pembuangan u...