Wednesday, May 6, 2009

Dua Bisikan Yang Sering Berkonflik

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Rasulullah bersabda: “Terdapat dalam hati seseorang dua bisikan. Pertama bisikan malaikat yang menjanjikan kebajikan, membenarkan yang hak; maka barangsiapa merasakan bisikan ini, hendaklah ia mengetahui bahawa itu adalah dari Allah dan mensyukurinya. Kedua adalah bisikan musuh yang mengajak melakukan kejahatan, mendustakan kebenaran, melarang perbuatan kebajikan; maka barangsiapa merasakan itu hendaklah berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk."


Kemudian Rasulullah membacakan maksud ayat surah Al Baqarah: 268; ‘Syaitan menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil), sedangkan Allah menjanjikan keampunan dan kurnia daripadaNya. Allah maha luas kurniaNya lagi maha mengetahui.’


Jelas pada hadis ini ialah dalam hidup kita, kita sering membuat berbagai -bagai keputusan. Dalam satu hari mungkin beratus-ratus keputusan perlu kita buat. Contohnya: ketika azan Subuh dari menara masjid yang mengejutkan kita dari tidur menyebabkan kita perlu membuat keputusan samada hendak bangun dan solat Subuh atau terus sahaja tidur.

Bisikan atau rasa hati supaya kita bangun untuk solat Subuh itu adalah bisikan malaikat manakala yang berbisik untuk terus tidur sebentar lagi adalah bisikan syaitan.

Ia membuai kita dengan rasa sejuk, menghiburkan kita supaya terus tidur, berhujah dengan kita bahawa waktu Subuh masih panjang, boleh solat Subuh di rumah dan akhirnya kita terlelap hinggalah terlepas waktu Subuh.

Demikianlah juga dalam pelbagai contoh keputusan lain yang boleh kita ambil. Antara ke masjid di waktu malam atau duduk di rumah tengok TV bersama anak-anak. Malaikat mengajak kita sekali tetapi syaitan mengajak dan memberikan alasan pada kita bertubi-tubi.

Kalau pergi ke masjid susah kerana malam yang gelap, hujan hendak turun, hendak balik nanti takut, lampu motor malap, kasihan anak nak tinggal anak dan isteri di rumah sendirian, kalau pergi ke masjid nanti orang perli kerana jarang pergi, dan 1001 macam alasan yang akan dibisikan oleh syaitan dalam hati kita.

Apabila ada orang minta sumbangan, kita tertanya-tanya dalam hati, apakah duit yang kuserah ini akan sampai kepada penerimanya, atau mungkin di'songlap' oleh pengutip derma? Inilah bisikan syaitan yang akhirnya menyebabkan kita rasa 'sayang' untuk menderma atau berbuat kebajikan lain.

Inilah juga konflik yang selalu aku hadapi. Adakah aku tewas kepada bisikan SYAITAN?



4 comments:

  1. Salam sdr.

    Satu lagi masalah orang kita. Beli rokok RM9 sekotak setiap hari, ok ajer tapi bila anak minta yuran kelas RM5 atau RM10 ringgit sebulan sekali bising macam nak pecah rumah.

    Saya pernah maki seorang bapa (kawan saya) di kedai kopi bila dia bising anak minta yuran RM5 Tapi dia sedut asap Dunhill RM9/kotak dan teguk milo di kedai kopi.

    ReplyDelete
  2. salam...kata nak boh kartun?..mana?..

    ReplyDelete
  3. Pakdin, betullah, sekotak rokok RM9.

    Fuh,... mujur tak merokok. Syukurlah, takyah buang duit gitu-gitu jer. RM9, sekotak 20's, kalu dua kotak sehari, dah RM18. Kalu sebulan, dua bulan, setahun.. Banyak tu...

    Mau tak perokok fikir pasal Pakdin nyatakan tu?

    ReplyDelete
  4. Cikgudeen,

    Alamak, malulah. Saya segan dengan Cikgudeen, lukisan karikatur yang ada di blog tu memang hebat. Nak boh saya punya tu, tak 'setanding'.

    Kata orang tua-tua, jauh panggang dari api. Alahai..

    Maaf yer, biarlah Cikgudeen saje yang berkartun, lagipun memang ada bakat beso.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...