Sunday, May 24, 2009

Selamat Berjuang Man United..

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sekali sekali, elok juga bercerita tentang kelab bola sepak kesayangan teman*, apa lagi kalau bukan Manchester United. Man U akan bertemu Barcelona (Barca) di final UEFA Champions League di Rom 27 Mei nanti.


Tentulah teman menyokong penuh pasukan kesayangan teman sejak sekolah menengah lagi. Sejak zaman Denis Irwin, Eric Cantona, hinggalah sekarang, teman 'salute' dengan Sir Alex Ferguson (SAF) yang masih bersemangat mengurus pasukan hebat itu, biarpun usianya sudah hampir 70 tahun.

Mike* macam mana? Hehehe, Kalau penyokong Liverpool, macam Adi dan Radzimedia, harap sabor ajelah. Tahun depan, pasukan kome cubalah lagi.

Pesanan akhir teman, marilah beramai-ramai menyokong pasukan Man U.

4 comments:

  1. Ini mesti excited habis nak nunggu perlawanan ni..ha ha ha..

    MINTA MINTA le MAN U kalah.

    seronok juga nengok muka kengkawan yang frust!!

    akak tak sokong mana mana pasukan..harap maklum.

    ReplyDelete
  2. Ish, Kak Hida, tak baik camtu...

    Saje sonok-sonok, kekadang bila kalah pasukan yang kita sokong, kena 'ngombok' dengan member yang sokong Spurs, Chelsea atau Reds.. Time tu, senyaaaaaaaaaap jer.

    Tapi kalau menang, time saya kenakan diorang plak... hehehehe...

    ReplyDelete
  3. aku bukannya suka ssangat dengan Barcelona..tapi, aku harap mereka menang!

    aku bukannya fanatik minat barcelona..tapi, aku harap mereka menang!

    sebabnya...aku tak suka mancester United..

    Sori, ekk! ha ha ha.

    ReplyDelete
  4. Hehehehe..

    Cikgudeen,

    Kalau Barca kalah, belanja saya makan mi udang, kat mahkamah rayuan tau.

    Saya nak partner dengan tiga hakim yang sahkan MB Perak tu...

    Hihihihihiii...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...