Thursday, May 21, 2009

Manusia Apakah Ini?

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sedih dan pilunya membaca berita seorang ibu dan anak serta pembantu rumah yang dibunuh dengan kejam oleh penyamun di Ipoh, semalam.

Tiga termasuk dua beranak dibunuh dalam rompakan(mStar online)

IPOH: Tiga orang termasuk dua beranak dibunuh selepas dirompak seorang lelaki bersenjatakan pisau di sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Pinji Seni, Jalan Sultan Azlan Shah di sini semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah berkata yang terbunuh dalam kejadian itu ialah seorang wanita, Wah Yah Matzi, 42, yang merupakan seorang pengusaha salon, anak lelakinya Ermin Danish Jafri, 5, dan seorang pembantu rumah yang hanya dikenali sebagai Dani berusia dalam lingkungan 20an.

Beliau berkata seorang lelaki berumur 26 tahun ditahan oleh orang ramai dalam kejadian kirakira pukul 2.45 petang itu, semasa cuba melarikan diri dari tempat kejadian dengan sebuah motosikal.

"Polis percaya berlaku pergelutan semasa kejadian. Sebaik sampai, (polis mendapati) ketiga-tiga mereka yang ditemui di ruang tamu rumah itu sudah meninggal dunia.

Mereka ditemui dengan kesan tikaman dan tetakan di beberapa anggota badan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini.

Katanya ketiga-tiga mereka didapati mengalami cedera parah di beberapa anggota badan, dan mayat mereka sudah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.

Sementara itu merujuk kepada suspek tersebut Zulkefli berkata lelaki itu mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital yang sama, dengan kawalan ketat polis.

Katanya siasatan polis mendapati sebuah komputer riba milik wanita itu hilang dalam kejadian tersebut, dan polis turut menemui sebilah pisau di tempat kejadian yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Menurutnya siasatan awal polis juga mendapati suspek mempunyai kesalahan lampau membabitkan tiga kes curi yang disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan, dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. BERNAMA


Biarpun ditangkap dan dihukum, ia tidak akan menghidupkan kembali nyawa yang dibunuhnya. Sisatan awal polis mendapati suspek merupakan penagih dadah.

Kalau namanya penagih dadah, apa juga tindakannya pastilah untuk membeli dadah. Laknatlah kepada penagih dadah seperti itu.

(Saya mendapat khabar mangsa berasal dari daerah Lekir, dan ramai yang terkejut membaca beritanya di akhbar hari ini)

3 comments:

  1. salam,
    kita kini sentiasa diburu kebimbangan tentang keselamatan, terutama anak-anak, isteri dan keluarga.

    Dimana lagi selamat kalau di rumah sendiri pun tak selamat?

    ReplyDelete
  2. Inilah akibatnya bila Islam tak didaulatkan. 50 tahun kita orang melayu diberi kuasa. Melayu tak kemana . Islam tak tertegak. Mcm mana nak dapat rahmat Allah? Jadi, kita kena mula langkah baru dengan Islam . Islam itu maknanya selamat. Slmt. malam cikgu

    ReplyDelete
  3. Mazemie, memang merisaukan keadaan dalam negara sekarang. Makin tak selamat kah kita? Alangkah malangnya...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...