Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Tidak seorang pun penumpang pesawat malang Air France dapat menjangka itulah penerbangan terakhir mereka di bumi ini. Penerbangan malang yang membawa 228 orang berlepas dari Rio de Jeneiro, Brazil ke Paris, Peranchis minggu lalu.
Pesawat tersebut dikatakan terhempas ke Lautan Atlantik setelah bertembung dengan ribut sehingga menggagalkan fungsi navigasi dan kuasa enjinnya. Pihak berkuasa Brazil menemui mayat dan serpihan pesawat pada jarak 600 batu dari Pulau Fernando de Noronha, iaitu tempat terakhir pesawat tersebut sebelum hilang dari radar.
Pihak berkuasa sedang berusaha mencari kotak hitam yang dapat merungkai misteri nahas pesawat tersebut. Ia mengandungi data rakaman penerbangan pesawat dan mungkin berada di kedalaman 20,000 kaki di dasar lautan. Bagaimanapun, kotak hitam itu boleh memberi isyarat berterusan selama 30 hari.
Cuba bayangkan, jika kita berada dalam pesawat itu, berdepan kematian yang sudah pasti. Setakat ini, tiada seorang pun rakyat Malaysia yang terlibat. Malah, hanya sepasang warga Amerika yang terkorban.
Kemalangan kapalterbang memang mengerikan, tetapi jarang-jarang berlaku berbanding kemalangan jalan raya yang mengorbankan manusia setiap hari
ReplyDeletebETOI pOKLI, Tapi sekali berlaku, harapan untuk mangsa hidup amat tipis.
ReplyDeletePokok pangkalnya,ajal maut di tangan Allah..
Salam sdr. Brahim.
ReplyDeleteMaut akan menjemput kita bila tiba masanya di mana-mana saja walau pun apa saja yang kita sedang lakukan.
Kalau ikutkan rasa takut..kena duduk di rumah aje..tapi bila fikir-fikir balik, duduk dalam peti besi pun, kalau dah sampai ajal..akan mati juga..tak boleh lari..
ReplyDeletePakdin,
ReplyDeleteKak Tirana,
Sayang bayangkan penumpang pesawat tu menghadapinya secara beramai-ramai.
Jika hilang kawalan, tentu ia berpusing-pusing dahulu, dan mereka yang di dalamnya, bagai melakukan kamikaze..