Sunday, June 7, 2009

Melayan Anak Di Pantai Batu Rakit

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

"Boleh tak berenang, baba?" tanya anak-anak apabila kunyatakan petang nanti kami ke pantai.

"Tak boleh, sebab kamu tak pandai main ombak. Bahaya." Aku memberitahu mereka.

Ada riak tidak puas hati, tapi keputusan telah kubuat. Lagipun, keadaan pantai yang berombak sedikit sebanyak meresahkan.

"Main tepi-tepi, boleh?" Afif memberi cadangan.

Wah! Pandai pula dia mencadangkan, walhal aku tahu helah dan muslihatnya.

"Tak boleh, nanti kamu akan basahkan seluar, dan akhirnya kamu akan jatuhkan badan ke air." Aku menyanggah cadangannya.

Inilah hero-heroinku bersama sepupu mereka

Tapi, apabila sudah berada di pantai, kekadang sudah jadi di luar kawalan aku sebagai bapa. Anak-anak yang jarang balik ini kubiarkan bermain air di mengabang dan gigi air. Tetapi mereka telah diberi beberapa peraturan 'keras' yang wajar dipatuhi.

Seronok benar anak-anak ini bermain di mengabang.

Mataku hanya memerhatikan kerenah mereka bergurau sesama sendiri. Biarlah, asalkan mereka selamat dalam pemantauanku.

Suriku bersama ibu dan adik beradiknya.

Pantai Batu Rakit mempunyai panorama menarik. Sangat cantik dan mendamaikan. Di sini juga banyak rumah homestay yang mengenakan harga berpatutan. Pantainya menghadap Laut China Selatan, menyebabkannya lebih luas dan lebar, berbanding di sebelah pantai barat yang agak sempit kerana terhalang oleh Selat Melaka.


6 comments:

  1. batu rakit tempat kelahiran saya. dah lama xpegi situ, nampak pantainya masih cantik dan bersih. keni pegi ni. :)

    ReplyDelete
  2. Ops, Khairi. Makaseh singgah. Balik lah. Cantik pantainya, Pada saya lebih tenang berbanding Batu Buruk.

    ReplyDelete
  3. Kawan kak tirana ada di batu rakit tapi tak pernah sekali pun sampai di sana. Entah bila dapat melawat negeri2 di pantai timur. Sejak pindah keluar dari kelantan, jarang pergi sebelah sana. Kalau cuti, selalu balik ke pantai barat..hehehe..sebab kak tirana dan suami orang sebelah pantai barat. Suami kak tirana orang penang.

    ReplyDelete
  4. Saya pun, kalau tak beristerika orang pantai timur, mungkin tak datang ke pantai ini.

    Inilah hikmah berkahwin dengan orang jauh.

    Tapi best, kak.

    Saya masuk sebagai follower akak, hanya blog akak...

    ReplyDelete
  5. amvoii.... sonoknye cuti2 malaysia... balik kampung... ni balik ikut spg pulai-cameron-g.musang ke ni

    ReplyDelete
  6. Yap, Shifu67! Selamat balik Kg Gajah..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...