Saturday, June 6, 2009

Abadinya Nama Seorang Tokoh Pendidik

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dato' Razali Ismail, seorang tokoh pendidik, anak Terengganu yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran tidak lama dahulu.


Seorang yang berjiwa pendidik, mudah mesra dan disegani oleh lawan dan kawan ketika berhujah di Dewan Rakyat. Segala jawapan yang ditanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat melambangkan integriti beliau sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul.

Beliau mengalami serangan jantung ketika bermain badminton di AIB, Genting Highlands. Kehilangannya amat dirasai, apatah lagi oleh rakyat Kuala Terengganu, iaitu kawasan parlimen yang beliau wakili.

Nama beliau diabadikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia di Batu Rakit, Kuala Terengganu. Institusi yang nama asalnya Maktab Perguruan Batu Rakit itu, sedang rancak dinaiktarafkan.

Sebenarnya, di sekitar kawasan ini, terdapat banyak institusi pendidikan; Universiti Darul Iman Malaysia (dahulunya KUSZA), Universiti Malaysia Terengganu (sebelum ini dikenali sebagai KUSTEM), Maktab Rendah Sains MARA dan dua buah sekolah teknik, di samping sekolah menengah dan rendah yang sedia ada.

Dalam kerancakan pembinaannya, aku berdoa janganlah bangunan di IPGM Kampus Dato' Razali Ismail mengalami nasib sama seperti Stadium Sultan Mizan.


4 comments:

  1. apa khbr saudara brahimnyior kita?

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak jengok kat sini. Balik kampung ke?

    ReplyDelete
  3. Maksu, baik-baik saja.. Maksu sihat gak?

    Harap terus menulis..

    ReplyDelete
  4. Pokli, saya ada di kg sekarang. Jenguk mertua.. Amik kesempatan bercuti lah gak..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...